Loading...

MCA Guna ‘Formula’ 50 Peratus Muka Baharu

Loading...
MCA Guna ‘Formula’ 50 Peratus Muka Baharu - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MCA Guna ‘Formula’ 50 Peratus Muka Baharu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MCA Guna ‘Formula’ 50 Peratus Muka Baharu
link : MCA Guna ‘Formula’ 50 Peratus Muka Baharu

Baca juga


MCA Guna ‘Formula’ 50 Peratus Muka Baharu

TANGKAK – MCA bakal menggunakan ‘formula’ 50 peratus calon muka baharu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tanpa menyatakan jumlah calon muka baharu pada PRU-14 nanti, beliau berkata secara keseluruhan senarai calon berkenaan sedang disenarai pendek sebelum pemilihan akhir dilakukan.

“Apa yang penting ingin ditegaskan di sini MCA kini apabila memilih calon, kami tidak mengisi hanya kerana dia kawan baik, kroni dan sebagainya.

“Bagaimanapun, kami membuat kajian dan menggunakan kaedah saintifik untuk mencari calon yang berpotensi kepada sesuatu kawasan yang ditandingi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Bahagian Ledang, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor Datuk Tee Siew Kiong dan Pengerusi MCA Ledang Datuk Goh Tee Tee.

Sementara itu, Liow turut menggelar DAP sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai prinsip berikutan tindak-tanduknya kebelakangan ini, termasuk membuat pusingan ‘U’ dan memainkan persepsi yang tidak betul.

“Mereka ini ibarat peluk sama peluk lepas itu pecah dan sebenarnya bergaduh daripada dalam. Tidak kira apa jua strategi ia hanya untuk meraih undi biarpun terpaksa menggadaikan prinsip, gaya politik ini sangat bahaya dan bencana kepada masyarakat serta negara kita,” katanya.

Beliau berkata terdapat satu slogan besar dipaparkan di Indira Gandhi Park di India yang menulis berkenaan ‘the seven social sins’ yang satu daripadanya adalah politik tanpa prinsip.

“Kata-kata itu amat bertepatan dengan DAP dan mereka memiliki karekter sedemikian kerana sejak 2008 hingga kini sudah banyak pusingan ‘U’ dibuat seperti kerjasama dengan parti-parti dalam pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu, Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata, kerajaan akan melaksanakan secara serentak caj jalan (RC) dan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di sempadan Thailand selepas kejayaan RC di Johor.

“VEP masih belum dilaksanakan di Johor dan kita bercadang untuk memperkenalkan kesemua itu termasuk di sempadan Thailand serentak menjelang hujung tahun ini sebelum diperluas ke sempadan lain,” ujarnya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLNdb7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article MCA Guna ‘Formula’ 50 Peratus Muka Baharu

Itulah artikel MCA Guna ‘Formula’ 50 Peratus Muka Baharu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MCA Guna ‘Formula’ 50 Peratus Muka Baharu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mca-guna-formula-50-peratus-muka-baharu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MCA Guna ‘Formula’ 50 Peratus Muka Baharu"

Catat Ulasan

Loading...