Loading...
Tajuk : MH128: Suspek Dipercayai Alami Gangguan Mental
link : MH128: Suspek Dipercayai Alami Gangguan Mental
MH128: Suspek Dipercayai Alami Gangguan Mental
MELBOURNE – Suspek yang cuba mengancam untuk meletupkan pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) Penerbangan MH128 dipercayai mengalami masalah mental, menurut polis Australia.
Jurucakap polis berkata, insiden itu tiada kaitan dengan aktiviti pengganas dan suspek yang berusia 25 tahun itu telah ditahan.
“Ia merupakan insiden terpencil dan kami percaya suspek mengalami masalah mental,” kata jurucakap polis Australia, Superintendan Michael Goode pada satu sidang media.
Sementara itu, salah seorang penumpang pesawat pernerbangan MH128, Arif Chaudery menceritakan detik cemas kejadian.
Menurutnya, kira-kira 30 minit penerbangan seorang lelaki bertindak menyerang kru kabin wanita yang kemudiannya menjerit meminta tolong.
“Beberapa orang penumpang lain dan juga kru kabin bertindak menjatuhkan lelaki berkenaan sebelum menangkap dan mengikat tangan lelaki itu menggunakan tali pinggang.
“Kami amat bernasib baik kerana ia mungkin boleh jadi satu insiden yang lebih teruk,” katanya memetik laporan Reuters.
Dalam kejadian itu, pesawat MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tullamarine Melbourne pukul 11.11 malam waktu tempatan dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang 5.28 pagi Khamis.
Bagaimanapun, pesawat MAB jenis Airbus A330-300 itu dilaporkan berpatah balik ke lapangan terbang kedua tersibuk di Australia tersebut beberapa minit kemudian ekoran cubaan gangguan daripada seorang penumpang.
Penumpang disyaki mahu menceroboh itu cuba ditahan oleh 11 penumpang lain dan suspek dikatakan berlari memasuki ruang kokpit.
Dia dipercayai memegang sejenis peranti elektronik yang berfrekuensi, namun bukan berbentuk bahan letupan dan beberapa pengumuman dalam pesawat MAB itu turut menyatakan ada berlaku insiden dengan situasi keselamatan. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article MH128: Suspek Dipercayai Alami Gangguan Mental
Itulah artikel MH128: Suspek Dipercayai Alami Gangguan Mental Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel MH128: Suspek Dipercayai Alami Gangguan Mental dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mh128-suspek-dipercayai-alami-gangguan.html
0 Response to "MH128: Suspek Dipercayai Alami Gangguan Mental"
Catat Ulasan