Loading...
Tajuk : MH128D Akan Berlepas Dari Melbourne Hari
link : MH128D Akan Berlepas Dari Melbourne Hari
MH128D Akan Berlepas Dari Melbourne Hari
KUALA LUMPUR -- Pesawat Malaysia Airlines dalam penerbangan ke Kuala Lumpur yang terpaksa berpatah ke Melbourne pada Rabu kerana seorang penumpang "membuat kacau", dijadual berlepas dari bandar raya Australia itu pada 8 malam ini waktu tempatan.
Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Airlines Berhad berkata penerbangan dikendalikan sebagai MH128D itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 2.35 pagi waktu Malaysia esok.
Sementara itu, penumpang yang amat perlu mengambil penerbangan sambungan diperuntukkan kerusi dalam Penerbangan MH148, yang berlepas dari Melbourne pada 1.55 tengah hari waktu tempatan hari ini.
Menurut kenyataan itu, tiga penerbangan Malaysia Airlines dijadual berlepas dari Melbourne hari ini dan pihak berkuasa keselamatan Australia telah mengimbas semua bagasi.
"Kru teknikal dan kabin Malaysia Airlines yang mengendalikan MH128/31 Mei tidak akan ditugaskan bagi mana-mana penerbangan sehingga diberitahu kelak. Kumpulan kru baharu akan mengendalikan MH128D," kata kenyataan itu.
"Siasatan (mengenai kejadian pada Rabu itu) diketuai pihak berkuasa Australia sedang dijalankan dan Malaysia Airlines ingin menyampaikan penghargaannya kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan dalam keadaan mencemaskan itu," katanya.
Kru kabin, dengan bantuan seorang penumpang, berjaya menghalang dan menguasai penumpang yang menimbulkan masalah itu sebelum menggarinya.
Penerbangan itu sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 5.28 pagi hari ini. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rXzn4N
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article MH128D Akan Berlepas Dari Melbourne Hari
Itulah artikel MH128D Akan Berlepas Dari Melbourne Hari Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel MH128D Akan Berlepas Dari Melbourne Hari dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mh128d-akan-berlepas-dari-melbourne-hari.html
0 Response to "MH128D Akan Berlepas Dari Melbourne Hari"
Catat Ulasan