Loading...

MIC selar pembangkang dakwa Pelan Tindakan Masyarakat India gimik pilihan raya

Loading...
MIC selar pembangkang dakwa Pelan Tindakan Masyarakat India gimik pilihan raya - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MIC selar pembangkang dakwa Pelan Tindakan Masyarakat India gimik pilihan raya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MIC selar pembangkang dakwa Pelan Tindakan Masyarakat India gimik pilihan raya
link : MIC selar pembangkang dakwa Pelan Tindakan Masyarakat India gimik pilihan raya

Baca juga


MIC selar pembangkang dakwa Pelan Tindakan Masyarakat India gimik pilihan raya

KUALA SELANGOR: MIC hari ini menyelar pembangkang yang berterusan mendakwa Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) adalah gimik pilihan raya Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata tindakan pembangkang itu dilihat terdesak apabila sering mengaitkan inisiatif kerajaan membantu dan membangunkan rakyat khususnya masyarakat India dengan sentimen politik.

Malah katanya, provokasi pembangkang itu ibarat tiada langsung 'waktu sesuai' untuk kerajaan mengumumkan inisiatif yang menguntungkan rakyat melainkan dituduh bersifat 'gula-gula pilihan raya'.

"Sejak MIB diumumkan perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) pada 23 April lepas, tiada satu pun khabar baik daripada pembangkang yang mengatakan pelan ini bagus untuk membangunkan kaum India.

"Mereka mengelirukan rakyat dengan mengatakan MIB takkan wujud lagi selepas pilihan raya. Ini niat tidak baik pembangkang terhadap kita.

"Jika rakyat India tidak percaya dengan pengumuman kerajaan, bagaimana lagi kita mahu bantu? Fikir-fikirkan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian pusat khidmat bagi Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) cawangan Ijok, di sini hari ini.

Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan menyeru kaum India supaya berfikiran matang dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang kerana hanya kerajaan BN yang mampu membela nasib kaum itu supaya turut sama mengecapi kemajuan seiring bangsa lain.

MIB bertujuan membantu dan membangunkan masyarakat India terutamanya golongan B40 (golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) secara menyeluruh dan inklusif untuk tempoh 10 tahun akan datang malah ia dihasilkan sejak Mei 2015.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bilangan pusat khidmat SITF akan ditambah secara berperingkat mengikut keperluan di lokasi yang mempunyai kepadatan penduduk India yang tinggi di seluruh negara.

Katanya, setakat ini, lapan pusat khidmat SITF telah beroperasi dan tiga lagi sedang diubah suai serta dijangka mula beroperasi dalam tempoh satu bulan akan datang.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya sama ada MIC akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Ijok, Dr Subramaniam berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kawasan itu kembali ke tangan BN.

"Ini kerusi tradisi MIC. Kita akan letakkan calon dan terus pertahankannya," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqEf2M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article MIC selar pembangkang dakwa Pelan Tindakan Masyarakat India gimik pilihan raya

Itulah artikel MIC selar pembangkang dakwa Pelan Tindakan Masyarakat India gimik pilihan raya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MIC selar pembangkang dakwa Pelan Tindakan Masyarakat India gimik pilihan raya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mic-selar-pembangkang-dakwa-pelan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MIC selar pembangkang dakwa Pelan Tindakan Masyarakat India gimik pilihan raya"

Catat Ulasan

Loading...