Loading...
Tajuk : Militan Rancang Lancar Roket Dipenjara
link : Militan Rancang Lancar Roket Dipenjara
Militan Rancang Lancar Roket Dipenjara
JAKARTA - INDONESIA: Enam militan yang berkomplot untuk melancarkan serangan roket dari Batam, Indonesia ke Singapura dijatuhi hukuman penjara antara tiga hingga empat tahun atas kesalahan melindungi dan melatih pengganas, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Ketua kumpulan berkenaan Gigih Rahmad Dewa dikenakan hukuman penjara selama empat tahun manakala lima yang lain masing-masing dipenjara tiga tahun.
Hakim Tarigan Mudalimbong berkata tiada bukti kukuh untuk mensabitkan tertuduh dengan dakwaan berkomplot untuk melancarkan serangan roket.
Bagaimanapun, mahkamah mendapati kumpulan itu bersalah melindungi dua etnik Uighur yang cuba menyertai kumpulan pelampau di Poso, Sulawesi, Indonesia serta membina kem latihan jihad, 25 kilometer dari tenggara Singapura.
Kesemua tertuduh juga telah melafazkan ikrar taat setia kepada pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi, katanya.
Kesemua lelaki itu ditahan di Pulau Batam, Indonesia, tahun lalu.
Pesanan mesej di antara kumpulan itu dengan militan Indonesia Bahrun Naim, yang mempunyai hubungan rapat dengan aktiviti Daesh, menunjukkan mereka merancang untuk melancarkan roket ke arah Singapura.
Bahrun Naim terlibat dalam serangan bom bunuh diri di Jakarta pada 24 Mei lalu yang mengorbankan tiga anggota polis. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGNyZF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Militan Rancang Lancar Roket Dipenjara
Itulah artikel Militan Rancang Lancar Roket Dipenjara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Militan Rancang Lancar Roket Dipenjara dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/militan-rancang-lancar-roket-dipenjara.html
0 Response to "Militan Rancang Lancar Roket Dipenjara"
Catat Ulasan