Loading...

Misbun kembali ke pangkuan BAM

Loading...
Misbun kembali ke pangkuan BAM - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Misbun kembali ke pangkuan BAM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Misbun kembali ke pangkuan BAM
link : Misbun kembali ke pangkuan BAM

Baca juga


Misbun kembali ke pangkuan BAM

KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dijangka kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, hari ini.

"Misbun memahami apa yang diperlukan untuk menjadi pemain perseorangan lelaki terbaik Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman ketika membimbing (Datuk) Lee Chong Wei. Saya juga mahu jurulatih yang dihormati oleh semua pemain terutama Chong Wei.

"Misbun telah bersetuju secara dasar tentang pelantikan beliau. Saya menghubungi beliau sebelum mesyuarat C&T, dan kita bersetuju bahawa beliau akan dilantik sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki," katanya kepada pemberita.

Mohamad Norza berkata Misbun akan melapor diri selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England.

Namun, Misbun meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara pada penghujung 2010 dan menolak tawaran BAM untuk dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan tiga tahun kemudian pada 2013 atas ''sebab peribadi''.

Mengulas lanjut, Mohamad Norza berkata di bawah strategi prestasi BAM 2017 hingga 2020, Misbun akan membimbing kesemua pemain perseorangan lelaki termasuk Chong Wei, dan akan dibantu Hendrawan, Indra Widjaja dan Sairul Amar Ayob.

Sementara jurulatih perseorangan lelaki negara, Tey Seu Bock dinaikkan pangkat membimbing pemain perseorangan wanita, dan dibantu Rony Agustinus.

Cheah Soon Kit pula akan bertanggungjawab terhadap pasangan beregu lelaki, dan dibantu Jeremy Gan dan Rosman Razak, manakala beregu wanita akan diselia Wong Pei Tty, sambil dibantu Lim Pek Siah dan Hoon Thien How.

Chin Ee Hui pula menggalas tugas membimbing pasangan beregu campuran, dengan dibantu Pang Cheh Chang dan Teo Kok Siang.

Mohamad Norza berkata berdasarkan cadangan strategi prestasi BAM oleh Pengarah Teknikal, Morten Frost Hansen, sasaran badan induk itu adalah muncul juara Piala Thomas 2018.

"Berdasarkan pelan induk Morten itu, beliau meletakkan sasaran muncul juara Piala Thomas. Ini bermakna bagi kita mencapai sasaran itu, kita perlu memilki pemain perseorangan lelaki dan beregu lelaki yang mantap.

"Saya percaya dengan (pelantikan) Misbun dan Soon Kit yang akan melengkapi satu sama lain, saya berpendapat ia kombinasi yang baik bagi kita mencapai sasaran menjulang Piala Thomas.

"Seperti yang saya katakan, kita perlu mempunyai sistem yang mantap dan berorientasikan kepada keputusan. Kita juga perlu beritahu kepada pemain bahawa mereka tidak boleh leka lagi," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s86VOe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Misbun kembali ke pangkuan BAM

Itulah artikel Misbun kembali ke pangkuan BAM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Misbun kembali ke pangkuan BAM dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/misbun-kembali-ke-pangkuan-bam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Misbun kembali ke pangkuan BAM"

Catat Ulasan

Loading...