Loading...

Misbun kembali kepada BAM bagi merealisasikan impian Chong Wei

Loading...
Misbun kembali kepada BAM bagi merealisasikan impian Chong Wei - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Misbun kembali kepada BAM bagi merealisasikan impian Chong Wei, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Misbun kembali kepada BAM bagi merealisasikan impian Chong Wei
link : Misbun kembali kepada BAM bagi merealisasikan impian Chong Wei

Baca juga


Misbun kembali kepada BAM bagi merealisasikan impian Chong Wei

KUALA LUMPUR: Selepas hampir tujuh tahun menyepi, legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek kini kembali semula ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selaku ketua jurulatih perseorangan negara bagi merealisasikan impian bekas anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei bergelar juara dunia.

Misbun mengakui sukar baginya untuk menolak permintaan Chong Wei yang bersungguh-sungguh menagih khidmat beliau bagi mencapai impiannya menjuarai Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos depan.

Menurut Misbun, pujukan tanpa jemu Chong Wei akhirnya membuka hati beliau untuk kembali ke pangkuan BAM selain mengadakan perbincangan bersama Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dan telah memberikan persetujuan secara lisan.

"Saya perlu akui bahawa Chong Wei adalah sebab utama kepulangan semula saya menyertai BAM, banyak kali dia datang bertemu dan saya lihat dia benar-benar berharap kepada saya kali ini.

Jadi saya akur dengan permintaannya kerana saya sudah anggap dia seperti anak saya sendiri. Saya nampak kesungguhan dan atas sebab itu saya terima," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Ukay Perdana, hari ini.

Walaupun sebelum ini terdapat sedikit salah faham antara beliau dengan pengurusan BAM, yang mengakibatkan beliau memberi laluan kepada individu lain untuk melatih Chong Wei, Misbun tetap mengikuti rapat perkembangan Chong Wei meskipun telah tujuh tahun meninggalkan persatuan induk badminton itu.

"Chong Wei masih lagi mempraktikkan ilmu yang saya terapkan padanya walaupun saya telah tinggalkan BAM sejak 2011 dan prestasinya sekarang ini ada turun dan naik.

Mungkin Chong Wei mahu saya kembali kerana inginkan ilmu penghabisan daripada saya dan mahu menamatkan kariernya bersama saya," katanya.

Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2re9Hws

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Misbun kembali kepada BAM bagi merealisasikan impian Chong Wei

Itulah artikel Misbun kembali kepada BAM bagi merealisasikan impian Chong Wei Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Misbun kembali kepada BAM bagi merealisasikan impian Chong Wei dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/misbun-kembali-kepada-bam-bagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Misbun kembali kepada BAM bagi merealisasikan impian Chong Wei"

Catat Ulasan

Loading...