Loading...
Tajuk : Misi berjaya – Kim Swee
link : Misi berjaya – Kim Swee
Misi berjaya – Kim Swee
PASUKAN B-22 negara (jersi putih) bergambar dengan pasukan simpanan Guangzhou Evergrande sebelum perlawanan persahabatan yang dimenangi mereka 3-0 di Guangzhou, China semalam.
Mohammad
Rozaidi Zulkifli
16 Jun 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 15 Jun - Matlamat utama skuad bawah 22 (B-22) negara dalam jelajah ke China dianggap tercapai setelah menutup siri perlawanan persahabatan di negara Tembok Besar itu dengan kemenangan 3-0 ke atas pasukan simpanan Guangzhou Evergrande FC.
Pengendali skuad B-22 negara Datuk Ong Kim Swee berkata, matlamat untuk dia menilai kemampuan semua pemain yang disenaraikan, berjaya dilihat dalam perlawanan itu dan dua perlawanan persahabatan lain di China bermula dengan menentang China bawah 22 tahun (kalah 1-0) dan pasukan simpanan Guangzhou R&F FC (seri 2-2).
Tambahanya, pemain juga telah menunjukkan peningkatan dalam perlawanan ketiga ini berbanding dua perlawanan sebelum ini.
“Matlamat kami ke China untuk mengharungi beberapa perlawanan persahabatan bagi saya tercapai seperti mana yang saya inginkan. Pertama, saya dapat melihat kesemua pemain saya beraksi dan hari ini adalah permainan terbaik.
Advertisement
Remaining time: 09s
Powered By YuMe
“Lebih penting adalah kami tidak dibolosi dalam perlawanan ini, walaupun dua pemain iaitu Syahmi (Safari) dan S. Kumaahran yang dilanda kecederaan tetapi tidak begitu serius.
“Hari ini juga kami membuktikan bahawa dapat beraksi dengan baik dan melakukan beberapa gerakan di hadapan pintu gol dengan cukup efektif dan ini memberi gambaran kepada saya apabila kita kembali nanti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam perlawanan itu, skuad projek Sukan SEA 2017 itu membuka tirai jaringan menerusi penyerang Jafri Firdaus Chew pada minit ke-33, disusuli ledakan Syafiq Ahmad (m-77) dan N. Thanabalan (m-89) di Pusat Latihan Bola Sepak Baining.
Jurulatih dari Melaka itu turut memuji barisan serangan kerana membuktikan ketajaman mereka dengan mencipta peluang dan menghasilkan gol.
Tambahnya lagi, pasukan ini masih dalam pembentukan dalam mencari barisan terbaik untuk mengharungi Kelayakan Kejohanan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Bangkok pertengahan bulan depan serta temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.
“Kemenangan ini bukan bermakna kami telah mencipta satu kejayaan yang cukup baik kerana bagi saya pasukan ini masih dalam proses pembinaan dan pembentukan. Apa yang penting kita perlu kekalkan prestasi dan memperbaiki beberapa kelemahan sebelum bermain dengan Melaka 22 Jun nanti.
“Barisan serangan dapat cipta peluang dan melakukan banyak serangan. Kali ini barisan depan membuktikan bahawa mereka mampu menjaringkan gol.
“Saya boleh katakan pemain-pemain utama kita boleh dikenal pasti dalam tiga perlawanan ini tetapi kita masih mempunyai tempoh masa sebulan sebelum aksi kelayakan Piala AFC,” katanya.
sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2sDo4PS
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Misi berjaya – Kim Swee
Itulah artikel Misi berjaya – Kim Swee Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Misi berjaya – Kim Swee dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/misi-berjaya-kim-swee.html
0 Response to "Misi berjaya – Kim Swee"
Catat Ulasan