Tajuk : M’sia Kesal Keputusan AS Tarik Diri Perjanjian Iklim
link : M’sia Kesal Keputusan AS Tarik Diri Perjanjian Iklim
M’sia Kesal Keputusan AS Tarik Diri Perjanjian Iklim
KUALA LUMPUR – Malaysia melahirkan rasa kesal yang mendalam dan amat bimbang terhadap keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri daripada Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bahawa AS ialah penyumbang utama kepada tindakan iklim.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata penarikan diri AS merupakan pembatasan serius kepada usaha-usaha pelaksanaan yang diperlukan bagi negara membangun untuk meningkatklan langkah-langkah penyesuaian dan tindakan mitigasi.
Selain itu, katanya, tindakan AS itu akan menghalang usaha oleh negara-negara membangun bagi membina kapasiti yang diperlukan untuk pelaksanaan tindakan ini dan meningkatkan ketelusan bagi melaporkan mengenai Nationally Determined Contribution (NDC).
“Malaysia masih berharap bahawa pentadbiran AS akan terus menyokong kesepakatan mengenai pelaksanaan Perjanjian Paris sebagai satu-satunya cara berdaya maju ke hadapan untuk menangani krisis iklim,” kata Wan Junaidi.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan menarik keluar AS daripada perjanjian tersebut. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s109JO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article M’sia Kesal Keputusan AS Tarik Diri Perjanjian Iklim
Anda sedang baca artikel M’sia Kesal Keputusan AS Tarik Diri Perjanjian Iklim dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/msia-kesal-keputusan-as-tarik-diri.html
0 Response to "M’sia Kesal Keputusan AS Tarik Diri Perjanjian Iklim"
Catat Ulasan