Loading...

Mudah Sangat Nak Dapatkan Pahala Sunat Aidilfitri, Lakukan 9 Perkara Ini

Loading...
Mudah Sangat Nak Dapatkan Pahala Sunat Aidilfitri, Lakukan 9 Perkara Ini - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mudah Sangat Nak Dapatkan Pahala Sunat Aidilfitri, Lakukan 9 Perkara Ini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mudah Sangat Nak Dapatkan Pahala Sunat Aidilfitri, Lakukan 9 Perkara Ini
link : Mudah Sangat Nak Dapatkan Pahala Sunat Aidilfitri, Lakukan 9 Perkara Ini

Baca juga


Mudah Sangat Nak Dapatkan Pahala Sunat Aidilfitri, Lakukan 9 Perkara Ini

Tak susah sebenarnya nak dapatkan pahala sunat pada hari raya. Tapi itu lah dikala kita sedang sibuk dengan segala persiapan raya, adakalanya kita terlupa dan terlepas pandang dengan perkara-perkara sunat yang amat digalakkan untuk dilakukan pada hari raya ini.

1.Bertakbir

Menghidupkan malam hari raya dengan beribadah kepada Allah,seperti bertakbir,berzikir, solat sunat, membaca al-Quran, bertakbir, bertasbih, dan beristighfar pada sepertiga akhir dari malam itu, dan yang terbaik ialah menghidupkan seluruh malam itu dengan amalan tersebut.

Ini berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:

(من أحيا ليلة الفطر وليلة الأضحى محتسبا، لم يمت قلبه يوم تموت القلوب) أخرجه ابن ماجه عن أبي أمامة.

Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan malam Hari Raya Fitrah dan malam Hari Raya Korban, maka hatinya tidak mati pada suatu hari yang mana hati-hati orang lain mati.”

2.Lafaz ucapan selamat

Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘Selamat hari raya, Maaf zahir batin’.

Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

3. Mandi sunat pagi hari raya

Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke masjid.

4.Makan sebelum Solat Aidilfitri

Disunatkan untuk makan sedikit pada pagi Hari Raya sebelum ke masjid. Disunatkan makan dahulu beberapa biji tamar (bilangan ganjil) pada hari raya Fitrah, dan dilewatkan makan pada hari raya Korban sehingga balik dari menunaikan solat.

Ini berdasarkan hadis Anas:

(كان رسول الله لا يغدو يوم الفطر حتى يأكل تمرات) رواه الحاكم

Maksudnya: (Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari raya Fitrah sehingga baginda makan beberapa tamar.)

حديث بريدة: (أن رسول الله لا يخرج يوم الفطر حتى يأكل، وكان لا يأكل يوم النحر حتى يصلي) رواه الترمذي وابن ماحه.

Maksudnya: Hadis Buraidah (Bahawa Rasulullah SAW tidak keluar pada hari Raya Fitrah sehingga baginda makan, dan baginda tidak makan pada hari Raya Korban sehingga baginda solat.)

5.Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya

Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.Walau pun begitu, tiada halangan untuk pulang mengikut jalan yang sama.

6.Banyakkan berdoa Malam raya

Banyakkan berdoa kepada Allah pada malam Hari Raya, kerana malam raya merupakan antara waktu mustajab doa dimakbulkan.

7.Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri

Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan.

Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , selutruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat islam.

8.Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.

Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

9.Bersedekah.

Hari Raya dengan duit raya memang sukar dipisahkan. Sekiranya anda bercadang nak beri duit raya, berniatlah untuk bersedekah dan kerana mengikut sunnah Nabi SAW.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t09uS0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Mudah Sangat Nak Dapatkan Pahala Sunat Aidilfitri, Lakukan 9 Perkara Ini

Itulah artikel Mudah Sangat Nak Dapatkan Pahala Sunat Aidilfitri, Lakukan 9 Perkara Ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mudah Sangat Nak Dapatkan Pahala Sunat Aidilfitri, Lakukan 9 Perkara Ini dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mudah-sangat-nak-dapatkan-pahala-sunat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mudah Sangat Nak Dapatkan Pahala Sunat Aidilfitri, Lakukan 9 Perkara Ini"

Catat Ulasan

Loading...