Tajuk : MUFTI MINTA MAAF MASYARAKAT PANDANG HINA GOLONGAN TERPINGGIR
link : MUFTI MINTA MAAF MASYARAKAT PANDANG HINA GOLONGAN TERPINGGIR
MUFTI MINTA MAAF MASYARAKAT PANDANG HINA GOLONGAN TERPINGGIR
KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan meminta maaf kepada komuniti gelandangan, transgender, pekerja seks dan bekas banduan kerana sikap prejudis masyarakat terhadap mereka.
Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata demikian semasa melawat Pusat Kebajikan Komuniti Ikhlas Malaysia di Chow Kit, di sini, bersama aktivis Syed Azmi Alhabshi hari ini.
“Kami mewakili umat Islam yang lain dengan sejujurnya memohon maaf atas sikap-sikap yang tidak menyenangkan oleh segelintir umat Islam kepada komuniti ini,” katanya dalam catatan di Facebook.
Beliau berkata dirinya tersentuh golongan terbabit kelihatan teruja dan berebut-rebut untuk bersalaman apabila tiba ke sana.
“Jauh dalam benak hati mereka, terpancar 1001 sinar harapan untuk mereka dibimbing dan dapat merasai nikmat hidup dalam masyarakat arus perdana,” katanya.
Katanya semasa pertemuan itu sesi soal jawab agama diadakan dan mendengar luahan perasaan mereka yang tersiksa kerana dipulaukan masyarakat.
“Seterusnya adalah sesi solat Zohor berjemaah dan sumbangan duit raya. Ziarah ini pastinya bukan yang terakhir. Akan ada tindakan susulan untuk membimbing mereka ke arah yang diredhai-Nya.
“Sesungguhnya kami menyayangi mereka kerana Allah,” kata Zulkifli lagi.
– Malay Mail
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2swiPR5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article MUFTI MINTA MAAF MASYARAKAT PANDANG HINA GOLONGAN TERPINGGIR
Anda sedang baca artikel MUFTI MINTA MAAF MASYARAKAT PANDANG HINA GOLONGAN TERPINGGIR dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mufti-minta-maaf-masyarakat-pandang.html
0 Response to "MUFTI MINTA MAAF MASYARAKAT PANDANG HINA GOLONGAN TERPINGGIR"
Catat Ulasan