Loading...

Mustahil Penuhi Setiap Permohonan Guru ‘Duka Lara’

Loading...
Mustahil Penuhi Setiap Permohonan Guru ‘Duka Lara’ - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mustahil Penuhi Setiap Permohonan Guru ‘Duka Lara’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mustahil Penuhi Setiap Permohonan Guru ‘Duka Lara’
link : Mustahil Penuhi Setiap Permohonan Guru ‘Duka Lara’

Baca juga


Mustahil Penuhi Setiap Permohonan Guru ‘Duka Lara’

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menonjolkan sikap pesimistik apabila mengingatkan Kementerian Pendidikan adalah mustahil untuk kementerian itu meluluskan semua permohonan pertukaran guru `duka lara’ supaya mereka dapat bertugas di sekolah yang berhampiran dengan keluarga atau pasangan masing-masing.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Kementerian Pendidikan tidak mungkin dapat meluluskan kesemua pertukaran itu kerana permohonan di beberapa negeri bagi setiap tahun akan melebihi kekosongan jawatan di negeri yang dipohon oleh guru-guru.

“Sekiranya kita melihat status pertukaran guru di laman sesawang Kementerian Pendidikan, jumlah permohonan sekitar 15, 420 orang. Bagi jumlah Permohonan Pertukaran Guru Sekolah Menengah adalah seramai 6,489 orang, manakala jumlah Permohonan Pertukaran Guru Sekolah Rendah pula seramai 8,931 orang.

“Dengan jumlah itu, masih ramai guru yang menanti permohonan mereka diluluskan oleh pihak kementerian. Namun, dalam menyelesaiakan isu ‘guru duka lara’ ini, apakah inisiatif daripada pihak kerajaan sendiri?

“Adakah kementerian berusaha memenuhi permohonan untuk guru berkhidmat di negeri masing-masing atau mengikut pasangan supaya berada dekat dengan keluarga tercinta.

“Bagi saya, kementerian tidak mungkin dapat meluluskan kesemua pertukaran dalam jangka masa yang pendek kerana permohonan di beberapa negeri bagi setiap tahun akan melebihi kekosongan jawatan di negeri yang dipohon oleh guru-guru,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kementerian Pendidikan sebelum ini optimis mampu menyelesaikan baki 13,000 guru ‘duka lara’ di seluruh negara untuk dipindahkan ke sekolah berdekatan keluarga mereka selepas meluluskan sebanyak 9,000 permohonan setakat ini.

“Soal guru ‘duka lara’ adalah berkait rapat dengan produktiviti seseorang pendidik. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa menyelami dan memahami kehendak dan keperluan guru,” kata kementerian itu.

Nik Nazmi dalam usahanya memperlekehkan keprihatinan kerajaan terhadap permohonan guru terbabit melontarkan soalan berbaur provokasi sama ada kelulusan permohonan terbabit kononnya strategi untuk memancing undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau turut menuduh kononnya segelintir daripada hampir 2,000 guru `duka lara’ yang diluluskan permohonan mereka untuk berpindah ke sekolah berdekatan pasangan atau keluarga masing-masing dari Januari hingga Jun 2017 oleh Kementerian Pendidikan menggunakan `kabel.

“Timbul dakwaan segelintir guru yang baru ditempatkan di sesebuah sekolah tidak sampai tiga bulan mendapat keizinan bertukar, kononnya guru tersebut mempunyai ‘kabel’ di Kementerian Pelajaran.

“Hal ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati guru lain yang tidak mempunyai ‘kabel’ sama ada orang politik atau pun orang dalam. Saya berharap pihak kementerian menstrukturkan semula prosedur pertukaran agar mempunyai mekanisme yang lebih jelas, telus dan boleh lebih dipercayai,” dakwanya. – Mynewshub.cc

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRJJ5l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Mustahil Penuhi Setiap Permohonan Guru ‘Duka Lara’

Itulah artikel Mustahil Penuhi Setiap Permohonan Guru ‘Duka Lara’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mustahil Penuhi Setiap Permohonan Guru ‘Duka Lara’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mustahil-penuhi-setiap-permohonan-guru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mustahil Penuhi Setiap Permohonan Guru ‘Duka Lara’"

Catat Ulasan

Loading...