Loading...

Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid

Loading...
Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid
link : Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid

Baca juga


Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Kewujudan Nasyrul Quran bakal meletakkan Malaysia sebagai antara mercu tanda percetakan Al-Quran di dunia Islam, kata oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia sekali gus usaha negara dalam memberi sumbangan kepada penghasilan, penyebaran dan memartabatkan kitab suci itu di persada dunia.

Bagaimanapun jelas beliau, pembentukan kompleks pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia itu bukan untuk berlumba dengan mana-mana negara.

“Kita amat menghormati pusat pencetakan Al-Quran yang terbesar di dunia iaitu di Madinah, Arab Saudi dan banyak lagi pusat-pusat percetakan Al-Quran di negara-negara Timur Tengah dan serantau.

“Bukan berhasrat mahu riak dan jauh dari bersifat takabbur, namun Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan wasatiyyah dan penuh kesederhanaan mahu turut menyumbang kepada dunia Islam bagi mencetak Al-Quran mengikut mushaf Malizi (Malaysia).”

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Wakaf Majlis Pelancaran Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2017 dan Perasmian Operasi Percetakan Al-Quran, Nasyrul Quran di Presint 14, di sini hari ini.

Menurut beliau, pengoperasian kompleks bernilai RM60 juta itu dijangka dalam menyumbang kepada keperluan seluruh umat Islam bukan sahaja dalam negara, tetapi seluruh dunia yang dijangka seramai 3 bilion orang daripada keseluruhan 9 bilion penduduk menjelang 2050.

Namun beliau turut menjelaskan, kejayaan penubuhan Nasyrul Quran tidak mungkin berlaku tanpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tunjang usaha ini.

“Iltizam atau komitmen yang begini jarang kita perolehi.

“Pembangunan Islam mungkin dapat diperhatikan dari pembinaan masjid atau institusi pendidikan, tetapi tidak ada negara yang mahu melakukan sebagaimana dilakukan oleh Perdana Menteri dalam soal menyebar luaskan Al-Quran yang didokong dan dibawa sebagai satu wadah yang baik untuk dunia,” katanya.

Nasyrul Quran mensasar pencetakan sebanyak 1 juta naskhah setahun di mana 70 peratus daripadanya untuk agihan domestik sementara selebinya untuk disumbangkan kepada negara luar yang memerlukan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sWqLZR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid

Itulah artikel Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/nasyrul-quran-mercu-tanda-pencetakan-al.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid"

Catat Ulasan

Loading...