Loading...

Nilai Secara Positif Tragedi ‘Double Six’

Loading...
Nilai Secara Positif Tragedi ‘Double Six’ - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nilai Secara Positif Tragedi ‘Double Six’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nilai Secara Positif Tragedi ‘Double Six’
link : Nilai Secara Positif Tragedi ‘Double Six’

Baca juga


Nilai Secara Positif Tragedi ‘Double Six’



Anak jati Sabah digesa menilai secara positif sumbangan pemimpin negeri itu yang terkorban dalam nahas pesawat Nomad pada 6 Jun 1976 lalu kerana tanpa mereka Sabah tidak mungkin sehebat hari ini. 

Ketika membuat gesaan itu, Setiausaha Agung Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Donald Mojuntin berkata, tokoh pemimpin terbabit merupakan pemimpin perintis yang telah membuka laluan untuk Sabah mencatat pencapaian yang dikecapi hari ini.

“Jika tidak kerana mereka, kesedaran politik, pergerakan politik dan kerelevenan politik Sabah tidak akan mencapai tahap yang anda saksikan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas upacara memperingati tragedi itu di Tugu Peringatan Sembulan, dekat sini semalam.

Turut dikenali tragedi ‘Double Six’, nahas itu mengorbankan 11 orang termasuk Ketua Menteri Sabah yang pertama Tun Mohammed Fuad Stephens, Menteri Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Peter Mojuntin, Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah Datuk Chong Tahin Vun, Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong dan Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Darius Binion.

Donald yang juga anak mendiang Peter Mojuntin turut menggesa pihak-pihak yang berkenaan agar tidak terus mempolitikkan tragedi itu.

Terdahulu, upacara memperingati Double Six itu dimulakan dengan tafakur selama seminit, disusuli upacara meletakkan lingkaran bunga yang didahului Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah dan diikuti wakil keluarga mangsa yang terkorban. Turut hadir isteri Allahyarham Mohammed Fuad, Toh Puan Rahimah Stephens.

Donald juga berharap generasi muda Sabah mengetahui dan memahami peristiwa penting di sebalik tragedi tersebut dengan melawat Galeri Double Six yang terletak berhampiran Tugu Peringatan Sembulan.

Sementara itu, Yong berkata upacara memperingati tragedi itu akan dilakukan setiap tahun dan mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke tugu peringatan tersebut bagi memberi penghormatan. “Kita tidak boleh mengubah sejarah namun kita boleh belajar daripadanya untuk mengubah masa depan,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4i9TG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Nilai Secara Positif Tragedi ‘Double Six’

Itulah artikel Nilai Secara Positif Tragedi ‘Double Six’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nilai Secara Positif Tragedi ‘Double Six’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/nilai-secara-positif-tragedi-double-six.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nilai Secara Positif Tragedi ‘Double Six’"

Catat Ulasan

Loading...