Loading...

Nina Iskandar Hampir Tarik Diri Dari Andainya Takdir

Loading...
Nina Iskandar Hampir Tarik Diri Dari Andainya Takdir - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nina Iskandar Hampir Tarik Diri Dari Andainya Takdir, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nina Iskandar Hampir Tarik Diri Dari Andainya Takdir
link : Nina Iskandar Hampir Tarik Diri Dari Andainya Takdir

Baca juga


Nina Iskandar Hampir Tarik Diri Dari Andainya Takdir

Di sebalik kejayaan Andainya Takdir yang mendapat tempat di hati penonton, heroin drama berkenaan, Nina Iskandar hampir menarik diri dari membintangi drama tersebut.

Jelas Nina Iskandar yang membawakan watak Fatihah dalam drama berkenaan, insiden dia dimarahi pengarah, Along Kamaludin pada hari pertama dia menjalani penggambaran telah merosakkan moodnya.

“Saya akui ia silap saya kerana mengambil mudah tentang watak Fatihah dan saya pula ketika itu tidak membawa banyak baju kerana menjangkakan ia hanya melibatkan babak indoor.

“Dalam masa yang sama saya rasa gementar dan blur untuk membawakan watak Fatihah sehinggalah apabila habis sahaja penggambaran saya minta pengurus hantar saya balik dan saya menangis semahunya.

“Sehingga timbul perasaan untuk menarik diri, tapi bila saya muhasabah diri, saya datang semula ke set keesokannya, saya datang dengan semangat dan jiwa yang baru,” katanya kepada Kakigosip.

Bagaimanapun ujar Nina, insiden hari pertama itu sedikit sebanyak memberinya pengajaran dan watak Fatihah itu telah meresap sendiri ke dalam dirinya.

“Pada awalnya ditawarkan drama ini, saya telah dimaklumkan watak saya berat, tapi saya tak sangka ia seberat ini.
“Sejujurnya saya tidak buat banyak kajian pasal wanita di dera. Saya hanya baca skrip, fahami skrip dan bayangkan situasi itu sendiri.

“Kemudian saya letak diri saya di dalam situasi Fatihah dan bagaimana kehidupan Fatihah selepas dia sudah beberapa tahun di dera dengan ibu mertua dan adik ipar juga yang tidak membantu,” jelasnya.

Teaser untuk episode 12. Apa lah nasib Tihah malam ni? Jangan lupa, Malam ni 10pm di @tv3malaysia. #AndainyaTakdir malam ni ku pergi….. #Tv3Malaysia #DramaSangat @dramasangat
A post shared by Nina Iskandar (@ninaiskandar) on Jun 15, 2017 at 2:30am PDT
Nina berkata, dia juga amat berterima kasih kepada Syukri Yahaya dan Along yang banyak membantunya mencantikkan lagi karakter Fatihah.

“Sejak awal lagi, Syuk memang banyak bagi galakan dan kami juga pernah bekerjasama. Begitu juga dengan Along, walaupun pada awalnya saya sudah ditakutkan kononnya dia tegas dan garang di set, tapi sebenarnya dia ok.

“Bila kami banyak berbincang di set, secara tidak langsung kami boleh beri apa yang pengarah mahukan,” katanya.

Ditanya pendapatnya mengenai wanita yang didera suami dan masih setia bersama suami, Nina berkata, sebagai seorang wanita, semua seharusnya lebih berani dan tidak bergantung dengan lelaki.
“Saya tahu saya masih belum berkahwin dan mungkin tidak layak menasihati mereka yang telah berkahwin dan melalui situasi sama hanya kerana saya melakonkan karakter wanita di dera suami.
“Wanita sepatutnya dilindungi, bukan dikasari.

“Tapi saya rasa, mana-mana wanita, sama ada yang belum berkahwin atau dah, bila lelaki sudah mula naik tangan, kita tak perlu tunggu lagi kerana perbuatan itu akan berulang.

“Saya tahu ramai yang melihat Fatihah sebagai insan lemah dan lembik, tapi dia jadi begitu kerana anak sehingga akhirnya dia sedar, dia tidak perlu takut lagi,” ujarnya.

Nina berkata, dia juga berharap cerita-cerita yang berlaku dalam masyarakat seperti ini lebih banyak dijadikan drama untuk membuka mata masyarakat secara khususnya.

“Tidak dinafikan, orang dah mula bosan dengan drama yang menghidangkan kisah keluarga kaya, mewarisi perniagaan, cinta-cinta dongeng.

“Mereka mahukan cerita seperti ini dan saya berharap akan lebih banyak lagi cerita seperti ini atau cerita yang benar-benar berlaku dalam masyarakat dijadikan drama,” akhirinya.

The post Nina Iskandar Hampir Tarik Diri Dari Andainya Takdir appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sU4vmH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Nina Iskandar Hampir Tarik Diri Dari Andainya Takdir

Itulah artikel Nina Iskandar Hampir Tarik Diri Dari Andainya Takdir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nina Iskandar Hampir Tarik Diri Dari Andainya Takdir dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/nina-iskandar-hampir-tarik-diri-dari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nina Iskandar Hampir Tarik Diri Dari Andainya Takdir"

Catat Ulasan

Loading...