Tajuk : NVIDIA Mengumumkan Bundle Permainan Komputer Untuk Setiap Pembelian Kad Grafik Pascal
link : NVIDIA Mengumumkan Bundle Permainan Komputer Untuk Setiap Pembelian Kad Grafik Pascal
NVIDIA Mengumumkan Bundle Permainan Komputer Untuk Setiap Pembelian Kad Grafik Pascal
Jika anda masih tidak pasti samada patutkah anda menaiktarafkan kad grafik komputer anda, pihak NVIDIA sedang menjalankan kempen bundle permainan video apabila anda membeli sebuah kad grafik NVIDIA Pascal untuk masa yang terhad.
Bundle ini terbahagi kepada dua bahagian – untuk setiap pembelian sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050, 1050 Ti dan 1060, anda akan menerima kod untuk permainan komputer Rocket League, manakala jika anda membeli kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 dan 1080 Ti, anda akan diberi kod untuk Destiny 2, termasuklah akses beta dan juga permainan video yang penuh sewaktu pelancarannya kelak,
Akan tetapi, kempen ini hanya akan berlangsung untuk jangka-masa yang agak pendek. Bagi bundle Rocket League, kempen tersebut telahpun berlangsung sejak 30 Mei yang lalu, dan akan berakhir pada 31 Julai kelak, manakala bundle untuk Destiny 2 pula baru sahaja berlangsung pada 13 Jun, dan akan berakhir pada 28 Jun nanti.
Bagi permainan-permainan komputer tersebut, kod-kod tersebut mempunyai tarikh luputnya juga. Bagi Rocket League, kod tersebut perlulah digunakan sebelum 30 Oktober 2017, manakala kod-kod untuk Destiny 2 perlu digunakan selewat-lewatnya sebulan selepas permainan komputer tersebut hadir di pasaran.
Untuk pasaran Malaysia, pihak ASUS telahpun hadir dengan kempen promosi ini. Mereka memulakan kempen ini dengan bundle Rocket League bermula 30 Mei, manakala kempen untuk bundle Destiny 2 juga dikatakan telah berlangsung bermula 13 Jun, dan akan berterusan selama dua minggu sehingga 28 Jun, seperti yang dinyatakan sebelum ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t4JB18
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article NVIDIA Mengumumkan Bundle Permainan Komputer Untuk Setiap Pembelian Kad Grafik Pascal
Anda sedang baca artikel NVIDIA Mengumumkan Bundle Permainan Komputer Untuk Setiap Pembelian Kad Grafik Pascal dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/nvidia-mengumumkan-bundle-permainan.html
0 Response to "NVIDIA Mengumumkan Bundle Permainan Komputer Untuk Setiap Pembelian Kad Grafik Pascal"
Catat Ulasan