Loading...

Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu

Loading...
Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu
link : Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu

Baca juga


Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu

RANAU – Selepas diarak di Labuan, obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 kini berada di Sabah dan dibawa menuju ke puncak Gunung Kinabalu yang merupakan mercu tanda Negeri di Bawah Bayu itu sebelum larian diteruskan di seluruh negeri esok.

Obor itu diserahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Sabah Yamani Hafez Musa kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Timpohon Gate, Taman Kinabalu di Kundasang, dekat sini, iaitu laluan permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu, kira-kira jam 9.45 pagi tadi sebelum acara pelepasan dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Ranau Faez Nordin.

Pendakian yang diketuai Khairy itu menyaksikan penyertaan seramai 24 pendaki dan melibatkan laluan sejauh 4,095.2 meter.

Bercakap kepada pemberita sebelum memulakan pendakian, Khairy berkata beliau dan rombongan pendaki terlebih dahulu akan bermalam di Laban Rata sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada awal pagi esok bagi menyalakan obor.

“Selepas itu, obor tersebut akan dibawa turun dan akan mula dibawa menjelajah ke beberapa daerah di Sabah sebelum ia diserahkan ke Sarawak,” katanya.

Khairy berkata pendakian membawa obor KL2017 ke puncak Gunung Kinabalu adalah satu pengalaman mencabar memandangkan ini adalah kali pertama beliau mendaki gunung itu dan dilakukan ketika bulan puasa.

Disamping itu, katanya, pendakian mereka juga begitu signifikan kerana ia dilakukan pada hari ulang tahun memperingati tragedi dan mangsa gempa bumi Sabah yang berlaku dua tahun lepas.

“Saya difahamkan bahawa ada sebahagian keluarga mangsa turut mendaki Gunung Kinabalu pada hari ini dan esok… mungkin ada ruang untuk saya berjumpa keluarga mangsa di Laban Rata nanti untuk bersama-sama memperingati mangsa gempa bumi yang terkorban,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, sambutan larian obor setakat ini adalah sangat baik apabila menyaksikan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah.

Sabah adalah destinasi kelima bagi larian obor itu dan dijadual menjelajahi beberapa daerah utama iaitu Ranau, Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Sipitang serta melibatkan jarak keseluruhan sejauh lebih 30 kilometer yang akan berakhir pada 8 Jun nanti.

Edisi ke-29 Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos depan, manakala edisi kesembilan Sukan Para ASEAN dijadual diadakan dari 17 hingga 23 Sept. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5WN84

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu

Itulah artikel Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/obor-kl2017-sabah-diarak-ke-puncak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu"

Catat Ulasan

Loading...