Loading...

Operasi Kesan 6 KRU Kapal MT Putri Sea Ditamatkan

Loading...
Operasi Kesan 6 KRU Kapal MT Putri Sea Ditamatkan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Operasi Kesan 6 KRU Kapal MT Putri Sea Ditamatkan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Operasi Kesan 6 KRU Kapal MT Putri Sea Ditamatkan
link : Operasi Kesan 6 KRU Kapal MT Putri Sea Ditamatkan

Baca juga


Operasi Kesan 6 KRU Kapal MT Putri Sea Ditamatkan

JOHOR BAHRU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam anak kapal MT Putri Sea yang hilang semasa kapal terbabit dilaporkan terbakar dan karam, dekat Pengerang, Khamis lepas, ditamatkan semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Wilayah Maritim Selatan Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata operasi berkenaan ditamatkan pada 7 petang semalam kerana tiada petunjuk atau tanda berkaitan mangsa yang hilang.

“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Maritim Selatan melalui Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah melaksanakan SAR bagi mengesan enam kru kapal MT Putri Sea yang hilang semasa kapal MT Putri Sea dilaporkan terbakar dan karam pada pagi 15 Jun lepas.

“Operasi dilaksanakan selama empat hari bermula 15 hingga 18 Jun (semalam) meliputi keluasan pencarian hampir 45 batu nautika persegi serta pencarian di sepanjang pantai Pengerang,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya operasi berkenaan melibatkan lebih 50 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sanifah berkata operasi berkenaan turut dibantu pihak Singapura dan Indonesia bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang di kawasan perairan masing-masing tetapi masih tiada penemuan terhadap mangsa.

Katanya operasi SAR akan diaktifkan semula sekiranya terdapat laporan berhubung penemuan mangsa yang hilang.

“Walaupun SAR ditamatkan, namun, operasi bagi melawan tumpahan minyak masih diteruskan dengan dikoordinasikan oleh Jabatan Laut Malaysia dan turut dibantu Jabatan Alam Sekitar, APMM dan agensi lain yang berkaitan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati semua komuniti maritim supaya menjaga keselamatan dan mematuhi peraturan kelautan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

APMM katanya turut mengalu-alukan orang ramai menghubungi talian MERS 999 atau MRSC Johor Bahru di talian 07-2219231 untuk sebarang aduan kecemasan atau jenayah di laut.

Awal pagi Khamis lepas, enam anak kapal warga Indonesia dilaporkan hilang apabila kapal tangki tersebut meletup dan dipercayai tenggelam di kedudukan 4.6 batu nautika barat daya Tanjung Pengelih, dekat Pengerang.

Anak kapal berkenaan dikenali sebagai Akhmad Faharuddin, 35; Muhamad Heri Hernanda, 28; Abdur Rahem, 31; Rendy Alamanda, 28; Sulkifli, 39, dan Yohanis Sumari, 35.

Kapal MT Putri Sea dipercayai membawa muatan minyak mentah dan telah didaftarkan di Pelabuhan Malabo, Equatorial Guinea.

Laporan kehilangan kapal berkenaan diterima daripada Polis Pengawal Pantai Singapura (SPCG) sekitar jam 5 pagi setelah ejen kapal cuba menghubungi kapal berkenaan tetapi gagal.

Semalam, TLDM berjaya mengesan objek di bawah air berupa kapal karam dipercayai MT Putri Sea.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata objek itu dikesan Kapal Diraja (KD) Perantau menggunakan “sonar multi-beam”. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sraSej

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Operasi Kesan 6 KRU Kapal MT Putri Sea Ditamatkan

Itulah artikel Operasi Kesan 6 KRU Kapal MT Putri Sea Ditamatkan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Operasi Kesan 6 KRU Kapal MT Putri Sea Ditamatkan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/operasi-kesan-6-kru-kapal-mt-putri-sea.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Operasi Kesan 6 KRU Kapal MT Putri Sea Ditamatkan"

Catat Ulasan

Loading...