Loading...

Pahang ikrar jauhi rasuah bola sepak

Loading...
Pahang ikrar jauhi rasuah bola sepak - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pahang ikrar jauhi rasuah bola sepak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pahang ikrar jauhi rasuah bola sepak
link : Pahang ikrar jauhi rasuah bola sepak

Baca juga


Pahang ikrar jauhi rasuah bola sepak



21 Jun 2017
PBNP 

SERAMAI 134 pemain dan pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi memastikan sukan bola sepak tanah air bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Program dianjurkan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu tidak hanya melibatkan pasukan utama Pahang yang beraksi dalam Liga Super tetapi turut disertai pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) dan pasukan Piala Belia (bawah 19 tahun).

Lafaz ikrar diketuai Anggota Majlis PBNP Datuk Mukaram Shah dengan disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad serta Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Menurut beliau usaha tersebut dilihat amat penting dalam meningkatkan mutu permainan bola sepak di negara ini sekali gus membebaskan pemain daripada gejala rasuah.

"Segalanya bermula daripada individu itu sendiri yang mungkin mahu mencapai sesuatu di luar kemampuannya sehingga terjebak dengan gejala ini," katanya ketika berucap pada majlis tersebut di sebuah hotel di sini.

Turut hadir Timbalan Presiden PBNP, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain.

Mukaram berkata jika dibiarkan ia boleh menjejaskan reputasi  dan mutu bola sepak di negara ini bukan sahaja pada peringkat dalam negara tetapi juga antarabangsa dan dalam masa  sama bookie yang menjadi dalang perbuatan itu meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Tengku Abdul Rahman berkata sehubungan itu pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM agar pembangunan bola sepak yang dilaksana tidak terbantut dengan perkara negatif seperti ini.

Sementara itu, Dzulkifli Ahmad berkata setiap individu di negara ini termasuk atlet, pegawai sukan dan pengadil wajib memiliki rasa tanggungjawab untuk menolak rasuah kerana ia membawa banyak keburukan.

"Gejala rasuah akan menyumbang kepada kemerosotan prestasi dan menjejaskan kualiti liga bola sepak negara ini dan akan menyebabkan penaja sukan itu menjauhkan diri jika rasuah terus berleluasa.

"Hal ini hanya akan merugikan kita dan SPRM tidak mampu untuk membasminya sendirian. Oleh sebab itu, kita mengadakan majlis ikrar ini bagi mewujudkan rasa tanggungjawab dalam pasukan," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memantau dari semasa ke semasa senario bola sepak negara dan memastikan ikrar yang dilafaz dilaksanakan sepenuhnya bagi memastikan sukan nombor satu negara itu tidak dikhianati. – Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 21 Jun  2017


Thus Article Pahang ikrar jauhi rasuah bola sepak

Itulah artikel Pahang ikrar jauhi rasuah bola sepak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pahang ikrar jauhi rasuah bola sepak dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pahang-ikrar-jauhi-rasuah-bola-sepak_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pahang ikrar jauhi rasuah bola sepak"

Catat Ulasan

Loading...