Loading...

Pahang lepasi ujian kecergasan

Loading...
Pahang lepasi ujian kecergasan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pahang lepasi ujian kecergasan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pahang lepasi ujian kecergasan
link : Pahang lepasi ujian kecergasan

Baca juga


Pahang lepasi ujian kecergasan



ARKIB : 23/11/2005
Oleh: AMRAN MULUP

PETALING JAYA - Hanya pemain bola sepak Pahang satu-satunya pasukan daripada Liga Super yang lulus seratus peratus dalam ujian kecergasan (cooper test) yang dijalankan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.

Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, sebahagian kecil pemain daripada Liga Perdana dan Liga Super yang tidak lulus, perlu menjalani ujian terakhir di Institut Sukan Negara (ISN) pada 30 November ini.

``Ini ujian terakhir pemain dalam Liga Perdana dan Liga Super termasuk mereka yang gagal baru-baru ini.

``Jika mereka gagal ujian kecergasan di ISN nanti, FAM tidak akan mengeluarkan lesen bagi membolehkan mereka beraksi dalam liga musim 2005/2005 pada 3 Disember ini,'' ujarnya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Seramai 250 pemain daripada lima pasukan Liga Super dan Liga Perdana menjalani ujian kecergasan baru-baru ini.

Beliau menegaskan, FAM tidak akan bertolak ansur ke atas pemain yang gagal.

``FAM tidak akan mengeluarkan lesen kepada mereka yang gagal. Tanpa lesen FAM, mereka tidak dibenarkan beraksi,'' tegasnya.

Bagaimanapun katanya lagi, pemain kebangsaan dikecualikan daripada ujian tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak pengurusan pasukan memberikan perhatian terhadap ujian kecergasan 30 November ini.

``Semua persatuan negeri dan kelab sudah dimaklumkan pentingnya ujian ini.

``FAM hanya mahu pastikan hanya pemain yang cergas bermain dalam Liga Malaysia,'' ujarnya.

Bagi pemain yang sudah mengikat kontrak tetapi gagal dalam ujian beliau berkata, pemain yang gagal masih boleh menjalani ujian itu April tahun depan.

Katanya, tiga pasukan Liga Super dan Liga Perdana tidak menjalani ujian itu baru-baru ini kerana mereka berlatih di luar negara.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan satu seminar pengurusan pasukan akan diadakan 24 November ini.

Katanya, kursus itu penting kerana mereka yang hadir pada seminar tersebut akan memperoleh lesen bagi membolehkan berada di bangku simpanan dalam satu-satu perlawanan.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2sVoJs1
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Pahang lepasi ujian kecergasan

Itulah artikel Pahang lepasi ujian kecergasan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pahang lepasi ujian kecergasan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pahang-lepasi-ujian-kecergasan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pahang lepasi ujian kecergasan"

Catat Ulasan

Loading...