Tajuk : PAJPP Gesa SPRM Siasat Transaksi Penjualan Tanah
link : PAJPP Gesa SPRM Siasat Transaksi Penjualan Tanah
PAJPP Gesa SPRM Siasat Transaksi Penjualan Tanah
GEORGE TOWN – Persatuan Anak Jati Pulau Pinang (PAJPP) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat transaksi penjualan tanah yang didakwa tanpa melalui tender terbuka di Lebuh Raya Peel yang melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang.
Pengerusi PAJPP Huan Cheng Guan berkata isu penjualan tanah itu mengandungi unsur mencurigakan, justeru satu SPRM dibuat pihaknya hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan.
“Saya minta pihak SPRM supaya menyiasat sehingga ke lubang cacing skandal penjualan tanah tanpa tender terbuka ini dan memastikan mereka yang melanggar undang-undang diambil tindakan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga gagal menjelaskan beberapa perkara penting berhubung kategori kegunaan tanah, syarat nyata dan sekatan kepentingan kepada umum.
“Saya juga nak tahu kenapa pihak kerajaan negeri tidak minta pandangan daripada penduduk di kawasan tersebut. Sepatutnya kalau jual beli tanah kena minta pandangan daripada mereka yang terlibat di kawasan itu,” katanya.
Baru-baru ini kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa menjual tanah berkeluasan 2.6 hektar yang menempatkan kuarters dan tempat letak kenderaan penjawat awam itu kepada pemaju swasta dengan nilai RM156 juta.
Ketua Menteri Lim Guan Eng dilaporkan berkata penjualan tanah itu merupakan projek pembesaran hospital swasta bernilai tinggi, justeru ia dijual secara terus. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rmXwiw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article PAJPP Gesa SPRM Siasat Transaksi Penjualan Tanah
Anda sedang baca artikel PAJPP Gesa SPRM Siasat Transaksi Penjualan Tanah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pajpp-gesa-sprm-siasat-transaksi.html
0 Response to "PAJPP Gesa SPRM Siasat Transaksi Penjualan Tanah"
Catat Ulasan