Loading...

PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri

Loading...
PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri
link : PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri

Baca juga


PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri

MALAYSIAKINI


PAS menasihati Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH), Ahmad Awang supaya menjaga parti sendiri dan bukan mencampuri urusan parti lain.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, berkata, banyak isu lain perlu diselesaikan oleh AMANAH yang disifatkan tidak mempunyai hala tuju perjuangan, lapor Sinar Harian.

“Sila jaga parti anda yang dilihat tidak tahu mana satu arah tujuan perjuangan. Saya rasa Ahmad ada masalah konflik dalaman sebab dia paksa orang lain terima pandangan dia,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Ahmad mengapa beliau mengambil keputusan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS pada muktamar parti itu ke-61.

Ahmad berkata antara sebab beliau bertindak sedemikian kerana desakan akar umbi yang mendakwa tidak ada ruang untuk menyatakan pendapat.

Khairuddin turut membidas kenyataan Ahmad dengan menegaskan PAS adalah parti yang sentiasa terbuka menerima pandangan ahli demi kebaikan semua pihak.

“Jangan sebab pandangan di tolak, terus kira anggap tidak ada demokrasi dalam parti dan terus tubuhkan parti baru.

“Harus diingat dalam melontar pandangan, ada yang diterima ada ditolak itu demokrasi dalam parti ini,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Katanya lagi, dalam muktamar, sebarang keputusan dibuat berdasarkan majoriti walaupun ada segelintir berlainan pendapat.

“Jangan sebab orang tak terima pandangan, kita terus label orang dengan pelbagai panggilan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.



Thus Article PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri

Itulah artikel PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pas-nasihat-ahmad-awang-jaga-parti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri"

Catat Ulasan

Loading...