Loading...

Pelajar Kolej Dan Rakan Menyamar Tentera Ditahan

Loading...
Pelajar Kolej Dan Rakan Menyamar Tentera Ditahan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelajar Kolej Dan Rakan Menyamar Tentera Ditahan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelajar Kolej Dan Rakan Menyamar Tentera Ditahan
link : Pelajar Kolej Dan Rakan Menyamar Tentera Ditahan

Baca juga


Pelajar Kolej Dan Rakan Menyamar Tentera Ditahan


KUALA LUMPUR – Seorang pelajar kolej swasta dan rakannya ditahan kerana menyamar sebagai anggota tentera dan cuba menceroboh di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 22 dan 23 tahun menaiki kereta jenis Proton Saga menggunakan alasan memasuki kem kerana mahu bertemu kenalan mereka yang didakwa anggota tentera.

Difahamkan, suspek menggunakan identiti sebagai anggota Rejimen Perisikan Khas Tempur.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen bagi membuktikan identiti ketika pemeriksaan di Pos Pengawal Tentera 1.

“Pengawal melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki suspek dan menemui pakaian seragam pegawai tentera.

“Siasatan mendapati suspek pertama adalah pelajar kolej swasta manakala suspek kedua tidak bekerja.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan ditahan reman tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan berhubung motif sebenar kedua-dua suspek menceroboh kem terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 447 kanun Keseksaan dan Seksyen 16 Akta Kesalahan Kecil 1955. - MYNEWSHUB.CC


Thus Article Pelajar Kolej Dan Rakan Menyamar Tentera Ditahan

Itulah artikel Pelajar Kolej Dan Rakan Menyamar Tentera Ditahan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelajar Kolej Dan Rakan Menyamar Tentera Ditahan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pelajar-kolej-dan-rakan-menyamar_2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelajar Kolej Dan Rakan Menyamar Tentera Ditahan"

Catat Ulasan

Loading...