Loading...

Pelajar Lelaki Diliwat Guru Lebih 50 Kali..

Loading...
Pelajar Lelaki Diliwat Guru Lebih 50 Kali.. - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelajar Lelaki Diliwat Guru Lebih 50 Kali.., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelajar Lelaki Diliwat Guru Lebih 50 Kali..
link : Pelajar Lelaki Diliwat Guru Lebih 50 Kali..

Baca juga


Pelajar Lelaki Diliwat Guru Lebih 50 Kali..


PETALING JAYA: Seorang guru dari sebuah sekolah di Mukah, Sarawak, ditahan kerana didakwa meliwat seorang pelajar sekurang-kurangnya 50 kali sejak 2015, lapor The Star.

Penahanannya berikutan laporan polis yang dibuat selepas pelajar tersebut, 14, menceritakan kejadian itu kepada seorang guru lain kerana tidak tahan diserang secara seksual.

Polis berkata pelajar lelaki mendakwa diliwat suspek, 42, sejak Ogos 2015 dan berterusan sehingga bulan lepas.

“Budak lelaki itu berdiam diri kerana dia takut kepada guru itu,” kata Ketua Polis Daerah Mukah Timbalan Supt Jimmy Panyau menurut laporan itu.

Menurutnya, suspek meliwat pelajar itu dalam 5 kejadian berasingan antara Februari dan Mei tahun ini.

Menceritakan bagaimana serangan itu bermula, Panyau berkata pelajar itu menceritakan guru tersebut meliwatnya di kuarters guru dan di sebuah hotel di Kapil dalam 20 kejadian berasingan antara Ogos dan Disember 2015.

“Mangsa juga mendedahkan dia diliwat suspek kira-kira 30 kali di sebuah rumah di Kemuyang, Sibu,” kata Panyau, menurut The Star.

Suspek juga mengajar di sekolah luar bandar di Kapit, di tempat di mana beliau ditahan semalam.

“Suspek akan dihantar ke balai polis Mukah esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” kata Panyau.

Jika disabit kesalahan, guru itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sumber: freemalaysiatoday


Thus Article Pelajar Lelaki Diliwat Guru Lebih 50 Kali..

Itulah artikel Pelajar Lelaki Diliwat Guru Lebih 50 Kali.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelajar Lelaki Diliwat Guru Lebih 50 Kali.. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pelajar-lelaki-diliwat-guru-lebih-50.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelajar Lelaki Diliwat Guru Lebih 50 Kali.."

Catat Ulasan

Loading...