Loading...

Pelajar tahfiz maut kemalangan

Loading...
Pelajar tahfiz maut kemalangan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelajar tahfiz maut kemalangan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelajar tahfiz maut kemalangan
link : Pelajar tahfiz maut kemalangan

Baca juga


Pelajar tahfiz maut kemalangan

SINAR ONLINE

kemalangan


KUANTAN - Seorang pelajar tahfiz maut, manakala dua lagi rakannya cedera parah setelah kereta dinaiki mereka melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 37, Lebuhraya Central Spine Road berdekatan Aur Gading di Lipis, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata mangsa yang maut ialah penumpang belakang, Wan Arsyad Rafiuddin Wan Azeze, 13, berasal dari Kampung Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

"Dua lagi penumpang warga Thailand, Subhi Yamu, 13, dan Simi-un Hasunoh, 14, masing-masing cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi di sini ini.

Pemandu kereta itu, Mohd Shaiful Anuar Abd Rahman, 34, berasal dari Kampung Jambu, Kelantan, hanya cedera ringan, manakala anak lelakinya Mohd Zakir Azkar Mohd Shaiful Anuar berusia dua tahun tidak mengalami kecederaan.

Azry berkata kejadian berlaku pada jam 6.30 petang ketika kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Tahfiz Darul Furqan di Sungai Buloh, Selangor dari Kelantan.

Beliau berkata sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Mohd Shaiful dipercayai melanggar lopak air menyebabkan kenderaannya terbabas melanggar besi penghadang jalan.

"Ketika kejadian keadaan hujan dan jalan basah," katanya.

Beliau berkata sepasukan lapan anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis tiba di tempat kejadian pada jam 6.39 petang, dan mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mayat mangsa. - Bernama



Thus Article Pelajar tahfiz maut kemalangan

Itulah artikel Pelajar tahfiz maut kemalangan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelajar tahfiz maut kemalangan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pelajar-tahfiz-maut-kemalangan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelajar tahfiz maut kemalangan"

Catat Ulasan

Loading...