Loading...
Tajuk : Pelan Keselamatan Venue, Hotel Sukan SEA Diperkemas
link : Pelan Keselamatan Venue, Hotel Sukan SEA Diperkemas
Pelan Keselamatan Venue, Hotel Sukan SEA Diperkemas
SISTEM dan pelan keselamatan semua venue dan hotel penginapan atlet Sukan SEA 2017 akan diperiksa dan diperkemaskan lagi bagi memastikan ia berada di tahap terbaik.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, fokus jabatan itu ialah bagi memastikan venue yang menjadi tumpuan orang ramai itu nanti selamat apabila berlaku sebarang kecemasan.
"Semua venue yang terlibat dalam Sukan SEA 2017 akan diperiksa atau ada yang dinaik taraf. Sistem keselamatan hotel-hotel yang didiami atlet juga akan diperiksa atau ditambah baik," katanya kepada Bernama.
Pemeriksaan dan usaha menaik taraf sistem dan pelan keselamatan itu akan dilaksanakan sebelum berlangsungnya Sukan SEA yang dijadual bermula 19 Ogos hingga 30 Ogos ini.
Beliau berkata jabatan itu juga akan meneliti semula pelan keselamatan semua venue sukan terlibat selain bekerjasama dengan pihak penganjur sukan itu bagi memastikan semua aspek keselamatan dipatuhi.
"Selain itu, bomba juga sentiasa bersiap siaga 24 jam, balai-balai bomba (yang berhampiran venue) akan dalam keadaan siapsiaga bagi memastikan keselamatan kejohanan Sukan Sea 2017 berjalan lancar ," katanya. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTuFBe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pelan Keselamatan Venue, Hotel Sukan SEA Diperkemas
Itulah artikel Pelan Keselamatan Venue, Hotel Sukan SEA Diperkemas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pelan Keselamatan Venue, Hotel Sukan SEA Diperkemas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pelan-keselamatan-venue-hotel-sukan-sea.html
0 Response to "Pelan Keselamatan Venue, Hotel Sukan SEA Diperkemas"
Catat Ulasan