Loading...

Pelancong Terpegun Keindahan Masjid Putra Putrajaya

Loading...
Pelancong Terpegun Keindahan Masjid Putra Putrajaya - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelancong Terpegun Keindahan Masjid Putra Putrajaya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelancong Terpegun Keindahan Masjid Putra Putrajaya
link : Pelancong Terpegun Keindahan Masjid Putra Putrajaya

Baca juga


Pelancong Terpegun Keindahan Masjid Putra Putrajaya

PUTRAJAYA – Keindahan dan keunikan seni bina Islam Masjid Putra di sini yang dikatakan seolah-olah seperti Masjid Biru di Istanbul, Turki menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Dianggarkan kira-kira 2,000 pengunjung melawat masjid yang terletak di Presint 1 itu setiap hari dengn puluhan bas pelancong dan van sewa parkir di sekitar masjid selain pengunjung wanita  beratur untuk memakai jubah berwarna merah hati sebelum memasuki perkarangan masjid.

Seorang pelancong dari Indonesia, Mohd Budi C Lubis yang sedang bercuti bersama keluarganya di Malaysia bermula hari ini menyifatkan Masjid Putra yang berwarna merah jambu sebagai menarik dan unik kerana ia merupakan sebuah masjid yang seakan-akan menyerupai Masjid Biru di Turki

“Masjid Putra ini amat menakjubkan kerana memiliki seni bina reka bentuk yang amat mengagumkan. Lebih-lebih lagi ciri-ciri seni binanya yang menggabungkan unsur tradisional Melayu dan Timur Tengah. Inilah kali kedua saya melawat masjid ini bersama keluarga saya.

“Ia sungguh cantik dan menawan. Rasa sungguh tenang dan nyaman, katanya kepada Bernama.

Bagi seorang pelancong dari China, Han Dongyin, 47, kunjungan ke Masjid Putra membuka mata beliau dan rakan-rakannya untuk melihat lebih dekat keunikan masjid di Malaysia.

“Ini merupakan kali pertama saya memasuki masjid. Saya tertarik dengan keunikan seni bina dan hiasan dalaman masjid.

“Walaupun terdapat masjid di China tetapi kami (bukan Islam) tidak dibenarkan untuk masuk. Kunjungan ke Masjid Putra merupakan satu pengalaman yang unik dan membolehkan saya memahami agama Islam di Malaysia,” katanya.

Sementara itu seorang penyambut tetamu Masjid Putra, Mohd Bakri Wahab berkata setiap hari seawal 8.30 pagi, kereta dan deretan bas-bas pelancong mula memasuki perkarangan Dataran Putra membawa pelancong dari luar negara untuk menyaksikan sendiri Masjid Putra yang terletak bersebelahan Pejabat Perdana Menteri.

“Setiap hari kita menerima lebih 2,000 pelancong dan orang tempatan melawat Masjid Putra. Cuma semalam orang ramai tidak dibenarkan melawat di dalam Masjid kerana kita mengadakan beberapa majlis berkaitan Sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Menurut seorang pemandu pelancong. June Abdullah, sepanjang pengalaman beliau selama sembilan tahun bertugas sebagai pemandu pelancong, Putrajaya merupakan destinasi utama yang ingin dilawati para pelancong asing dan antara tempat yang wajib dilawati ialah Jambatan Wawasan, Masjid Putra, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Pejabat Perdana Menteri.

Selain Masjid Putra, Taman Botani merupakan satu lagi destinasi tumpuan orang ramai di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.

Tinjauan Bernama mendapati taman yang terletak di Presint 1 itu merupakan lokasi pilihan orang ramai untuk berkelah, berbasikal dan berlari.

Ketua Pengawal Taman Botani, Mohd Yuhana Abdul Razak berkata ratusan pengunjung akan beriadah di sini untuk menikmati kehijauan dan keindahan alamnya.

Pengurus Komunikasi Pasaran Hotel Dorsett Putrajaya, Kim Lee memaklumkan bahawa kadar penginapan di hotel itu adalah pada purata 61 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri berbanding kepada 75 peratus pada hari-hari biasa, sementara Hotel Pullman Putrajaya Lakeside mencatat rekod penginapan 98 peratus pada hari ini. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u6jc2p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Pelancong Terpegun Keindahan Masjid Putra Putrajaya

Itulah artikel Pelancong Terpegun Keindahan Masjid Putra Putrajaya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelancong Terpegun Keindahan Masjid Putra Putrajaya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pelancong-terpegun-keindahan-masjid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelancong Terpegun Keindahan Masjid Putra Putrajaya"

Catat Ulasan

Loading...