Loading...

Pelantikan Idris Tangani Kemelut FGV Pilihan Tepat

Loading...
Pelantikan Idris Tangani Kemelut FGV Pilihan Tepat - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelantikan Idris Tangani Kemelut FGV Pilihan Tepat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelantikan Idris Tangani Kemelut FGV Pilihan Tepat
link : Pelantikan Idris Tangani Kemelut FGV Pilihan Tepat

Baca juga


Pelantikan Idris Tangani Kemelut FGV Pilihan Tepat

KANGAR – Pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali dalam meneliti kemelut yang sedang melanda Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) adalah tepat serta penuh kredibiliti.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Idris merupakan individu paling layak dipilih oleh kerajaan untuk bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi pihak lain.

“Saya yakin keputusan yang dibuat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) itu serta membuktikan kerajaan serius dengan isu-isu berkaitan integriti selain Idris sendiri akan menjalankan tugas itu dengan telus bagi memastikan tiada yang terlepas jika terbukti wujud penyelewengan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Program Sentuhan Kasih Semarak Ramadan di sini hari ini.

Pada program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Kedah dan Perlis itu juga seramai 30 anak yatim dari kedua-dua negeri terbabit dirai dengan pemberian sumbangan Aidilfitri.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Mohd Puad turut melontarkan pandangan agar Pengerusi FGV Tan Sri Isa Abdul Samad dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad meletak jawatan.

“Cara terbaik bagi saya ialah mereka perlu letak jawatan secara bermaruah, kemudian biarkan Idris membuat siasatan untuk menyelesaikan hal tersebut.

“Ia juga untuk kebaikan melibatkan aspek seperti persepsi dan keyakinan awam, kebaikan pemegang saham dan peneroka FELDA, selain saya melihat mereka sudah tidak boleh bekerjasama lagi,” katanya.

Mohd Puad turut menyifatkan peperangan antara Isa dan Zakaria amat memalukan kerana tidak mengambil langkah perbincangan antara mereka.

“Perkara seperti ini (kemelut FGV) tidak seharusnya berlaku kerana rasionalnya ia boleh diselesaikan secara musyawarah, tetapi apa yang berlaku mereka bergaduh secara terbuka,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgb16B

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Pelantikan Idris Tangani Kemelut FGV Pilihan Tepat

Itulah artikel Pelantikan Idris Tangani Kemelut FGV Pilihan Tepat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelantikan Idris Tangani Kemelut FGV Pilihan Tepat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pelantikan-idris-tangani-kemelut-fgv.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelantikan Idris Tangani Kemelut FGV Pilihan Tepat"

Catat Ulasan

Loading...