Tajuk : Pelawak tuduh Trump Cuba Musnahkan Kehidupannya
link : Pelawak tuduh Trump Cuba Musnahkan Kehidupannya
Pelawak tuduh Trump Cuba Musnahkan Kehidupannya
LOS ANGELES – Pelawak terkenal Amerika Syarikat, Kathy Griffin, semalam menuduh Donald Trump dan keluarga presiden itu cuba memusnahkan hidupnya.
Pendedahan itu dilakukan, ketika Kathy berdepan ancaman bunuh daripada penyokong Trump, selepas menggayakan prop kepala hartawan itu dipancung dan berlumuran darah.
Kathy dipecat sebagai pengacara bersama dalam program New Year’s Eve dan beberapa rancangan komedi beliau turut dibatalkan.
Beliau bimbang tindakan itu mungkin memusnahkan kariernya.
“Seorang Presiden Amerika Syarikat dan anak-anak serta Wanita Pertama secara peribadi cuba memusnahkan kehidupan saya.
“Kamu kenal beliau, Trump tidak akan berhenti.
Saya merasakan tiada karier lagi selepas ini.
Jujurnya, dia menghancurkan kehidupan saya,” katanya dalam satu sidang media di Los Angeles bersama peguam sambil menitiskan air mata.
Pelawak berusia 56 tahun itu sudah mengemukakan permohonan maaf terbuka berhubung gambar lagak ngeri yang mencetuskan kemarahan Trump dan keluarga serta semua parti politik di Amerika Syarikat. – AFP/BH ONLINE
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBCSxt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pelawak tuduh Trump Cuba Musnahkan Kehidupannya
Anda sedang baca artikel Pelawak tuduh Trump Cuba Musnahkan Kehidupannya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pelawak-tuduh-trump-cuba-musnahkan.html
0 Response to "Pelawak tuduh Trump Cuba Musnahkan Kehidupannya"
Catat Ulasan