Loading...

Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL

Loading...
Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL
link : Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL

Baca juga


Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL

KUALA LUMPUR – Malaysia terlepas slot automatik ke Final Liga Hoki Lelaki Dunia (WMHL) di India, Disember ini, apabila menduduki tempat keempat selepas kalah 4-1 kepada England pada saingan Separuh Akhir WMHL di London, malam ini.

Pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, skuad negara gagal memberi saingan kepada England apabila ketinggalan 0-3 selepas minit ke-28 perlawanan.

England, yang kalah tipis 2-0 kepada Belanda pada aksi separuh akhir semalam, memulakan perlawanan dengan rentak kemas dan pantas sebelum pakar pukulan sudut, Harry Martin membuka tirai jaringan seawal minit kelima.

Empat minit kemudian, David Ames melakukan jaringan padang untuk memperkukuhkan kedudukan sebelum Harry menambah jaringan peribadi keduanya pada minit ke-28.

Bagaimanapun, skuad Malaysian Tigers merapatkan jurang pada minit ke-53 menerusi jaringan padang oleh Faizal Saari sebelum England menutup tirai jaringan seminit sebelum tamat perlawanan oleh Phil Roper pada minit ke-59.

England, selaku pasukan ketiga terbaik pada kempen ini, layak ke Final WMHL di Bhubaneswar, akhir tahun ini manakala Malaysia masih mempunyai peluang merebut slot terakhir sekiranya dapat mengatasi pasukan keempat bagi kempen Separuh Akhir WMHL di Johannesburg, Afrika Selatan.

Hanya tiga pasukan terbaik masing-masing bagi kempen Separuh Akhir WMHL di London dan Johannesburg, Afrika Selatan, mara ke pusingan final yang mengandungi lapan pasukan.

India, selaku tuan rumah, mendapat slot ketujuh manakala slot terakhir akan menjadi penentuan perlawanan antara pasukan keempat di London dan Johannesburg.

Bagaimanapun, Malaysia menempah slot automatik ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India apabila lima pasukan terbaik kepada kempen Separuh WMHL di London layak ke pusingan akhir Piala Dunia. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sRZLeC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL

Itulah artikel Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/peluang-masih-ada-untuk-ke-pusingan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL"

Catat Ulasan

Loading...