Loading...
Tajuk : Pemandu Uber Mengaku Tidak Bersalah Cabul
link : Pemandu Uber Mengaku Tidak Bersalah Cabul
Pemandu Uber Mengaku Tidak Bersalah Cabul
GEORGE TOWN – Pemandu Uber yang didakwa mencabul penumpang wanitanya Selasa lalu didakwa di Mahkamah Majistret George Town hari ini.
Lapor Harian Metro, Muhammad Sukri Ramli, 30, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Catherine Nicholas.
Mengikut pertuduhan, Sukri didakwa menggunakan kekerasan terhadap penumpangnya, Tran Thi Thu Thuan, 43, dengan maksud untuk mencabul ketika dalam perjalanan dari Lintang Paya Terubong ke Jalan Argyll, jam 3.56 petang, 6 Jun yang lalu.
Sukri didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjaran maksimum 10 tahun, atau denda atau sebat ada mana-mana daripada dua hukuman itu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dibenarkan diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Sharuddin dan mahkamah menetapkan 18 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Pemandu Uber Mengaku Tidak Bersalah Cabul
Itulah artikel Pemandu Uber Mengaku Tidak Bersalah Cabul Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pemandu Uber Mengaku Tidak Bersalah Cabul dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pemandu-uber-mengaku-tidak-bersalah_29.html
0 Response to "Pemandu Uber Mengaku Tidak Bersalah Cabul"
Catat Ulasan