Loading...

Pembangkang Hanya Memperalatkan Tun M – Ismail Sabri

Loading...
Pembangkang Hanya Memperalatkan Tun M – Ismail Sabri - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pembangkang Hanya Memperalatkan Tun M – Ismail Sabri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pembangkang Hanya Memperalatkan Tun M – Ismail Sabri
link : Pembangkang Hanya Memperalatkan Tun M – Ismail Sabri

Baca juga


Pembangkang Hanya Memperalatkan Tun M – Ismail Sabri



KUALA LUMPUR - Isu siapa yang layak menjadi Perdana Menteri (PM) terus menjadi polemik dikalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Malah yang terbaru PKR menamakan Ketua Wanitanya yang juga Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai antara calon yang juga layak dipertimbangkan.

Sehubungan itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata situasi ini jelas sama sekali menunjukkan mereka menolak cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menawarkan dirinya sendiri untuk menjadi PM jika pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Memang saya nampak PH memang tak nak Tun Mahathir jadi perdana menteri pun, dia yang nak jadi perdana menteri sedangkan pakatan dah mengemukakan calon dia dan semua dah bersetuju bahawa Anwar untuk jadi PM.

“Saya pun tak faham macam mana Tun Mahathir boleh kata dia pun hendak menjadi PM,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa di Hotel Premiera, Kuala Lumpur semalam.

Tambah Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, apabila pakatan pembangkang mula menamakan orang lain yang dilihat layak untuk menjadi PM menunjukkan Tun Mahathir hanya diperalatkan tak lebih daripada itu.

Ia juga secara tidak langsung memperlihatkan agenda pembangkang yang sengaja menarik Tun Mahathir ke dalam kumpulan mereka hanya untuk memecah belahkan orang Melayu dan yang untung hanyalah DAP kerana satu-satunya parti dominan kaum Cina dalam kalangan pembangkang.

“Sekarang ni bukan soal minat dia tapi soal pakatan yang berminat kepada siapa dah pun dibuktikan mereka berminat kepada Anwar dan bukannya kepada Tun Mahathir.

“Jadi saya percaya Tun Mahathir dibawa kepada kumpulan ini untuk memecah belahkan orang melayu, untuk memecah belahkan sesama mereka semata-mata memperalatkan Tun Mahathir tak lebih daripada itu.

“Saya harap Tun Mahathir boleh sedar bahawa dia selama ini diperalatkan,” kata Ahli Parlimen Bera itu lagi.

Tambahnya perpecahan akan menjadi ketara dalam PRU nanti apabila di kawasan kerusi melayu sudahpun terbahagi kepada tiga parti iaitu PPBM, PKR dan PAN sedangkan DAP satu sahaja parti cina.

“Jadi saya percaya DAP akan menjadi parti yang terbesar dan terbanyak mempunyai kerusi selepas pilihan raya di kalangan parti pembangkang.

“Saya tak tahu siapa yang tipu siapa lah sekarang ni. Saya percaya semuanya diperalatkan oleh DAP terutamanya berebut nak jadi Perdana Menteri zahirnya berpecah sesama sendiri dan yang untung DAP.

“Saya harap mereka sedarlah selama inipun mereka diperalat oleh DAP untuk DAP mencapai agenda mereka,” ujarnya lagi. - BNBBC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qV5uyj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Pembangkang Hanya Memperalatkan Tun M – Ismail Sabri

Itulah artikel Pembangkang Hanya Memperalatkan Tun M – Ismail Sabri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pembangkang Hanya Memperalatkan Tun M – Ismail Sabri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pembangkang-hanya-memperalatkan-tun-m.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pembangkang Hanya Memperalatkan Tun M – Ismail Sabri"

Catat Ulasan

Loading...