Loading...
Tajuk : Penatnya isteri uruskan rumahtangga dan anak-anak, tak mampu balas jasanya
link : Penatnya isteri uruskan rumahtangga dan anak-anak, tak mampu balas jasanya
Penatnya isteri uruskan rumahtangga dan anak-anak, tak mampu balas jasanya
Bila sampai di rumah jam 1 pagi, tengok bidadari sudah tertidur di sofa ruang tamu, menunggu suami pulang. Rasa sebak pula.
“Ya Allah, kasihan bidadariku. Ampunilah dirinya, berilah kesihatan padanya. Ye Allah, beri syurga firdaus buat dirinya. “
Perlahan-lahan saya beri salam dan tutup supaya dia tidak terjaga. Saya paling nikmat dan seronok bila lihat bidadari saya boleh berehat sikit. Iyalah, mana sempat seorang isteri itu untuk berehat.
Saya masuk bilik, tengok ada dua bakul baju besar yang masih belum dilipat. Ada sebahagian kecil yang sudah dilipat. Penatnya bidadari saya. Saya berusaha melipat semuanya. Terasa sakit pinggang dan jenguh juga menghabiskan semuanya dan puas juga tengok baju anak.
Saya sedih sebab tak tahu sangat mana baju anak-anak sebab semua almari lain-lain. Anak dah empat orang. Sebak fikir, macam manalah ibu, isteri, seorang wanita buat semua ini seorang diri dalam keletihan, setiap hari tanpa rehat dan tanpa henti.
Hampir dua jam melipat baju, makin sebak rasanya. Ya Allah, ganjarilah sebesar-besar ganjaran buat bidadariku.
Selesai melipat baju, saya masukkan ke dalam almari. Susun ikut almari masing-masing yang jumlahnya ada enam buah almari. Semuanya lain-lain, ada baju siang, baju malam, baju jalan, baju rumah, baju tidur. Ada baju yang perlu digantung atau dilipat.
Bila tengok dalam almari, semuanya kelihatan cantik dan kemas. Hebatnya seorang wanita. Rupanya nak melipat kain pun penuh kesenian, ketelitian dan sistem.
Saya terus sambung tengok bidadari saya ada iron bunga itu pada shawl dua muka. Ada buat sikit-sikit untuk dijual kepada kawan dan diberi kepada keluarga. Saya tolong dia buat kesemuanya sambil mendengar ceramah menggunakan earphone. Bimbang bidadari saya terjaga kerana saya tahu bidadari saya penat menjaga dan mengurus anak-anak. Itupun saya takkan mampu membalas jasanya itu. Ya Allah.
Bila bangun pagi untuk bersahur, bidadari saya menangis kejutkan saya.
“Kenapa abang buat semua ini? Abang penat berdakwah, ceramah..” katanya.
“Sebab abang lelaki. Abang sayang bidadari abang kerana Allah. Abang sihat. Sayang banyak pahala khidmat. Berusaha bahagiakan hati sayang, buat Allah sayang abang. Abang nak pegang tangan sayang, pimpin masuk syurga,” kata saya.
Walaupun mengantuk ada ceramah, tetapi begitulah bidadari saya setiap hari. Begitulah juga ibu saya, semua isteri dan ibu di luar sana. Wahai suami, jadilah suami atau anak lelaki yang bertimbanmg rasa.
Sedih bila ramai juga yang jumpa saya hari ini menangis. Ibu-ibu yang dimarah hanya kerana meminta tolong suami buang sampah yang berat, dari dapur ke depan rumah. Atau menjerit meminta tolong tengokkan anak sebab isteri nak solat, Atau minta tolong tengokkan ikan dalam kuali agar tidak dimasak sampai hangit.
“Awak ni tak berhenti suruh saya, awak ingat saya ini apa? Kenapa tak bagi saya berehat?” (ayat biasa yang diungkap suami kebanyakan).
Cuba tanya bila masa isteri atau ibu kita berehat? Tolonglah tanya dan dengar. Bukalah hati. Nabi SAW pesan agar, apa yang kita ingin untuk diri kita, kita inginkan untuk pasangan. Itulah mawaddara warahmah.
Untuk lebih banyak tips-tips rumah tangga yang menarik, sila layari Facebook Ustaz Ebit Lew
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rmsk4z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Penatnya isteri uruskan rumahtangga dan anak-anak, tak mampu balas jasanya
Itulah artikel Penatnya isteri uruskan rumahtangga dan anak-anak, tak mampu balas jasanya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Penatnya isteri uruskan rumahtangga dan anak-anak, tak mampu balas jasanya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/penatnya-isteri-uruskan-rumahtangga-dan.html
0 Response to "Penatnya isteri uruskan rumahtangga dan anak-anak, tak mampu balas jasanya"
Catat Ulasan