Loading...

Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok

Loading...
Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok
link : Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok

Baca juga


Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok

 
Bekas ketua kampung, Mohd Yaacob Hashim berkata, tujuan mengikat kedua-dua suspek berumur belasan tahun dan awal 30-an itu untuk memberi pengajaran kepada mereka.


curi_kelapa_6004


SITIAWAN: Dua lelaki menerima padah akibat mencuri kelapa, apabila orang kampung bertindak menangkap dan mengikat mereka pada sebatang pokok kelapa sebelum diserahkan kepada anggota polis di kawasan Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah, Kampung Tersusun Batu 7 Lekir, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, beberapa orang kampung berjaya mencekup kedua-dua individu itu yang tidak menyedari pergerakan mereka memanjat pokok kelapa setinggi 5m diperhatikan seorang pemilik kedai runcit berhampiran sekolah berkenaan.

Bekas ketua kampung, Mohd Yaacob Hashim, 65, berkata sebaik menerima maklumat, beliau bersama 10 penduduk lain bergegas ke lokasi dan mendapati seorang daripada suspek sudah berada di dalam kereta Proton Wira, manakala seorang lagi mahu ke kedai berhampiran.

“Di dalam kereta itu terdapat beberapa tandan buah kelapa dan saya tidak pasti buah itu diambil di kampung ini sendiri atau tempat lain.

“Mereka mengaku mengambil kelapa itu dan kami terus menangkap dan mengikat kedua-duanya pada pokok kelapa menggunakan tali yang mereka guna untuk menurunkan kelapa dari pokok,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Yaacob berkata, tujuan mengikat kedua-dua suspek berumur belasan tahun dan awal 30-an itu untuk memberi pengajaran kepada mereka.

“Kami ikat 2 lelaki itu sementara menunggu polis tiba dan tidak memukul atau mencederakan mereka kerana mahu pihak polis yang mengambil tindakan.

“Siapa sangka di bulan mulia ini, masih ada individu yang melakukan aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.

Yaacob berkata, kedua-dua suspek bagaimanapun merayu untuk dilepaskan sambil mengaku ia pertama kali dilakukan, namun semuanya terlambat dan kejadian itu perlu dijadikan pengajaran kepada individu lain.

Kejadian tersebut turut menjadi tular di media sosial termasuk Facebook.


Thus Article Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok

Itulah artikel Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/penduduk-kampung-ikat-2-pencuri-kelapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok"

Catat Ulasan

Loading...