Loading...
Tajuk : Pengebom Rancang Serang Masjidil Haram Letupkan Diri
link : Pengebom Rancang Serang Masjidil Haram Letupkan Diri
Pengebom Rancang Serang Masjidil Haram Letupkan Diri
RIYADH – Pasukan keselamatan Arab Saudi pada Jumaat berjaya menumpaskan serangan nekad ke atas Masjidil Haram di Makkah, dengan mengepung individu terbabit di sebuah apartmen kecil.
Suspek kemudian meletupkan dirinya di kediaman itu yang terletak berhampiran masjid paling suci umat Islam tersebut, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi disiarkan melalui stesen televisyen negara.
Kementerian tersebut menyatakan bahawa tiga kumpulan dikesan sudah merancang serangan jahat berkenaan terhadap para jemaah dan pasukan keselamatan tempatan di dalam masjid itu menjelang hujung Ramadan.
Individu pengebom nekad yang terperangkap itu pada mulanya hanya berbalas-balas tembakan dengan pasukan keselamatan, sebelum bertindak dramatik meletupkan beberapa butir bom apabila dia dikepung di sebuah rumah.
Insiden cukup memeranjatkan pelbagai pihak itu berlaku di tengah kawasan bandar kejiranan Ajyad al-Masafi di Makkah yang dikenal pasti digunakan sebagai pangkalan bagi serangan biadab itu, dedah kementerian tersebut.
Bangunan tersebut runtuh menyebabkan enam warga asing dan lima anggota pasukan keselamatan cedera. Sebelum itu, pihak berkuasa berjaya menembak mati seorang lelaki yang dikehendaki di sebuah lagi tempat persembunyian.
Suspek disyaki anggota militan di kejiranan al-Aseelah di Makkah. Kementerian itu juga menyatakan kumpulan ketiga tersebut juga berpecah di bandar Laut Merah di Jeddah, tetapi tidak memberikan sebarang butiran lanjut.
Lima disyaki anggota militan termasuk seorang wanita turut ditangkap. Rakaman secara langsung disiarkan melalui stesen Al Arabiya memaparkan jutaan jemaah tekun menunaikan solat di masjid itu tanpa sebarang gangguan.
Tidak jelas siapa yang menjadi dalang di sebalik pakatan jahat untuk menyerang masjid tersebut, tetapi kumpulan Daesh pernah dilaporkan melancarkan serangan di bandar itu sebelum ini namun ia digagalkan pihak berkuasa.
Pada Mei tahun lalu, pasukan keselamatan Arab Saudi menembak mati dua individu yang didakwa militan Daesh di luar Makkah, dan dua lagi meletupkan diri mereka di luar bandar tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sBajAj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pengebom Rancang Serang Masjidil Haram Letupkan Diri
Itulah artikel Pengebom Rancang Serang Masjidil Haram Letupkan Diri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pengebom Rancang Serang Masjidil Haram Letupkan Diri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pengebom-rancang-serang-masjidil-haram.html
0 Response to "Pengebom Rancang Serang Masjidil Haram Letupkan Diri"
Catat Ulasan