Tajuk : Pengenalan dan campur tangan kes buli adalah perlu - Suhakam
link : Pengenalan dan campur tangan kes buli adalah perlu - Suhakam
Pengenalan dan campur tangan kes buli adalah perlu - Suhakam
Beliau berkata respons sedemikan tidak boleh menangani punca akar umbi gejala sosial yang semakin memuncak itu.
"Suhakam menggariskan hubungan antara buli dan kemudian kenakalan dan tingkah laku jenayah tidak boleh diketepikan dan pengenalan dan campur tangan awal adalah perlu bagi memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan selamat.
“Semua golongan dewasa bertanggungjawab bagi mencipta persekitaran positif dan mengakhiri keganasan dalam kehidupan kanak-kanak dan remaja,” katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata Suhakam menegaskan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk dihormati, selamat dan bebas dari keganasan, serangan dan buli selain hak untuk bebas daripada seksaan, layanan tidak berperikemanusiaan dan penghinaan.
"Apabila buli tidak diawasi, ibu bapa, guru, pelajar, komuniti dan pemimpin agama, kerajaan serta pihak berkepentingan terpaksa mencari formula yang sesuai bagi menangani buli dengan cara melindungi semua kanak-kanak dan pelajar termasuk anggota masyarakat.
“Oleh kerana buli adalah masalah sosial yang kompleks yang memerlukan pelbagai pendekatan, pihak berkuasa perlu menunjukkan bahawa masyarakat boleh dan mesti berfungsi dalam budaya tanpa keganasan,” tambah Razali.
Beliau berkata Suhakam amat sedih dan turut meratapi kematian T. Nhaveen dan Zulfarhan yang hilang nyawa pada usia muda atas dakwaan dibuli dengan kejam.
Zulfarhan, 21, mati pada 1 Jun lalu dengan kesan seksa dan terbakar dari api seterika sementara Nhaveen, 18, mati pada Khamis setelah didakwa dipukul sekumpulan remaja.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rIkVcU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pengenalan dan campur tangan kes buli adalah perlu - Suhakam
Anda sedang baca artikel Pengenalan dan campur tangan kes buli adalah perlu - Suhakam dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pengenalan-dan-campur-tangan-kes-buli.html
0 Response to "Pengenalan dan campur tangan kes buli adalah perlu - Suhakam"
Catat Ulasan