Loading...
Tajuk : Penggodam Rusia Bantu Trump Jadi Presiden?
link : Penggodam Rusia Bantu Trump Jadi Presiden?
Penggodam Rusia Bantu Trump Jadi Presiden?
MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin akhirnya mengakui wujud campur tangan dari negara beliau dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada November lalu yang menyaksikan Donald Trump memenangi pilihan raya tersebut.
Bagaimanapun Putin menafikan penglibatan kerajaan Rusia sebaliknya membangkitkan kemungkinan rakyat Rusia yang patriotik melakukan penggodaman dalam keputusan pilihan raya AS itu.
Jelasnya, individu tersebut mungkin terlibat dala perjuangan menentang pihak yan memburuk-burukkan Rusia.
“Seperti ‘artis’ yang berkarya sepanjang hari, penggodam juga menghabiskan masa mereka melakukan serangan siber.
“Namun kerajaan Rusia langsung tidak terlibat dalam perkara ini dan saya percaya penggodam tidak boleh mempengaruhi fikiran pengundi,” kata beliau.
Isu campur tangan Rusia dalam keputusan pilihan raya tersebut timbul selepas segelintir ahli politik AS mendakwa Moscow terlibat dalam hal tersebut.
Pada Mac lalu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengesahkan pihaknya menyiasat dakwaan campur tangan Rusia.
Siasatan itu menjurus potensi hubungan antara Rusia dan kempen Trump sepanjang pilihan raya terbabit. – BBC/mStar Online
Thus Article Penggodam Rusia Bantu Trump Jadi Presiden?
Itulah artikel Penggodam Rusia Bantu Trump Jadi Presiden? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Penggodam Rusia Bantu Trump Jadi Presiden? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/penggodam-rusia-bantu-trump-jadi_2.html
0 Response to "Penggodam Rusia Bantu Trump Jadi Presiden?"
Catat Ulasan