Loading...

Penghuni Rumah Ehsan harap beraya bersama anak-anak

Loading...
Penghuni Rumah Ehsan harap beraya bersama anak-anak - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penghuni Rumah Ehsan harap beraya bersama anak-anak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penghuni Rumah Ehsan harap beraya bersama anak-anak
link : Penghuni Rumah Ehsan harap beraya bersama anak-anak

Baca juga


Penghuni Rumah Ehsan harap beraya bersama anak-anak

MALAYSIAKINI


Syawal tahun ini menggamit harapan penghuni Rumah Ehsan di Kuala Kubu Bharu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anggota keluarga yang telah sekian lama tidak bertemu.

Mohammad Abdullah, 64, berasal dari Kota Bharu, Kelantan berharap pada Aidilfitri tahun ini, beliau berpeluang untuk menikmati suasana Hari Raya selepas sekian lama tidak meraikannya bersama anak-anaknya sejak menjadi penghuni rumah itu pada tahun 1999.

"Hari Raya ini kalau boleh nak (hendak) balik kampung," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Awe, bekas pemandu teksi, ketika ditemui Bernama dalam nada sebak sambil mengesat air matanya.

Sementara itu, Musinah Ahmad, 71, berasal dari Jeram, Selangor yang lumpuh hanya berharap agar ada yang akan menjenguknya di rumah jagaan itu.

"Makcik tidak ada anak, suami pun telah meninggal. Kalau ada yang datang tu, memang gembiralah," katanya dalam kepayahan untuk bertutur.

Ainon Abd Rahman, 68, berasal dari Klang juga tidak sabar untuk pulang ke rumahnya untuk menyambut Syawal tahun ini.

Katanya dia terpaksa menjadi penghuni rumah itu sejak setahun lalu kerana masalah kesihatan yang dialaminya dan merasa selesa sepanjang berada di rumah jagaan itu.

"Duduk di sini makcik boleh rehat dan sekarang dapat menjalani ibadah puasa," katanya dengan nada mesra.

Namun berbeza bagi seorang bekas pesara tentera Kamaruddin Kamis, 51, berasal dari Perak yang tidak berhasrat untuk pulang ke kampung untuk menyambut Syawal.

Bapa kepada tiga orang anak itu lumpuh sejak empat tahun lalu dan tinggal di rumah jagaan itu selepas isterinya meninggal dunia.

"Saya pandu kereta," jawabnya dalam kepayahan dan hanya terbaring apabila diajukan soalan bagaimana terjadinya sehingga menjadi lumpuh.

Rumah Ehsan itu menempatkan 117 penghuni yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India mula beroperasi pada 2 Januari 1998 bertujuan memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang uzur, daif dan tidak berwaris agar dapat hidup dalam suasana yang selesa dan tenteram.
- Bernama




Thus Article Penghuni Rumah Ehsan harap beraya bersama anak-anak

Itulah artikel Penghuni Rumah Ehsan harap beraya bersama anak-anak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penghuni Rumah Ehsan harap beraya bersama anak-anak dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/penghuni-rumah-ehsan-harap-beraya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penghuni Rumah Ehsan harap beraya bersama anak-anak"

Catat Ulasan

Loading...