Loading...

Peningkatkan Kes Denggi Di Hulu Langat Di Tahap Membimbangkan

Loading...
Peningkatkan Kes Denggi Di Hulu Langat Di Tahap Membimbangkan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Peningkatkan Kes Denggi Di Hulu Langat Di Tahap Membimbangkan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Peningkatkan Kes Denggi Di Hulu Langat Di Tahap Membimbangkan
link : Peningkatkan Kes Denggi Di Hulu Langat Di Tahap Membimbangkan

Baca juga


Peningkatkan Kes Denggi Di Hulu Langat Di Tahap Membimbangkan

Peningkatkan Kes Denggi Di Hulu Langat Di Tahap Membimbangkan

Seramai 16 kematian dicatatkan di daerah Hulu Langat sejak empat minggu lalu. (Gambar: The Star & mstar)

Secara amnya, pengguna ambil maklum mengenai penyebaran wabak denggi berpunca daripada nyamuk aedes yang membiak di kawasan air bertakung. Meskipun pelbagai langkah diambil untuk mencegahnya tetapi jika merujuk pada kes denggi di Hulu Langat ketika ini, ia menunjukkan statistik yang begitu membimbangkan.

Sejak empat minggu lalu, jumlah kematian penduduk akibat wabak denggi yang dicatatkan di sana adalah 16 orang manakala keseluruhan kes demam denggi dilaporkan di daerah itu sebanyak 5,702 kes. Perkembangan itu menyaksikan kerajaan Selangor mengeluarkan satu kenyataan rasmi menyatakan kebimbangan terhadap gejala wabak denggi yang sedang melanda daerah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Daroyah Alwi menegaskan peningkatan bilangan kes daftar denggi di Hulu Langat adalah sesuatu yang membimbangkan.

"Sehingga 27 Mei lalu kumulatif kematian di daerah Hulu Langat sebanyak 16 orang berbanding 13 orang bagi tempoh masa sama tahun lalu. Jumlah kumulatif kes daftar Hulu Langat bagi 2017 adalah 5,702 kes berbanding 5,282 kes pada 2016. Ini menunjukkan peningkatan kes kumulatif sebanyak 420 kes.

"Angka-angka di atas adalah membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan jumlah kes daftar dan kematian yang ketara," katanya.

Sehubungan itu, Daroyah memaklumkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Selangor diarahkan mempergiatkan program kawalan dan pencegahan denggi di semua lokasi terlibat.

Tambahnya, MPAJ turut diarah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk melaksanakan aktiviti kawalan wabak denggi di kawasan berkenaan manakala MPKJ menyediakan racun `larvaciding' secara percuma kepada kontraktor pembersihan.

"Dalam situasi cuaca yang menjadi faktor utama peningkatan kes kebelakangan ini, kerajaan negeri menaruh harapan tinggi semua pihak memikul tanggungjawab secara bersama.

"Masyarakat juga diingatkan agar lebih prihatin dan berjaga-jaga sepanjang Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma ini agar kemeriahan menyambutnya tidak terencat dengan berita yang tidak diingini akibat gejala tersebut," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLzz7o

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Peningkatkan Kes Denggi Di Hulu Langat Di Tahap Membimbangkan

Itulah artikel Peningkatkan Kes Denggi Di Hulu Langat Di Tahap Membimbangkan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Peningkatkan Kes Denggi Di Hulu Langat Di Tahap Membimbangkan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/peningkatkan-kes-denggi-di-hulu-langat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peningkatkan Kes Denggi Di Hulu Langat Di Tahap Membimbangkan"

Catat Ulasan

Loading...