Loading...

Penjenayah bawa lari Toyota Hilux ketika pandu uji tertinggal dompet

Loading...
Penjenayah bawa lari Toyota Hilux ketika pandu uji tertinggal dompet - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penjenayah bawa lari Toyota Hilux ketika pandu uji tertinggal dompet, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penjenayah bawa lari Toyota Hilux ketika pandu uji tertinggal dompet
link : Penjenayah bawa lari Toyota Hilux ketika pandu uji tertinggal dompet

Baca juga


Penjenayah bawa lari Toyota Hilux ketika pandu uji tertinggal dompet



KOTA BHARU - Tiga penjenayah berjaya melarikan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux selepas salah seorang daripada mereka memperdayakan jurujual kereta dalam kejadian di sebuah premis di Jalan Hospital Cabang 4, Kampung Cherang di sini semalam.

Dalam kejadian kira- kira pukul 4 petang, seorang suspek berusia 37 tahun menyamar sebagai pelanggan untuk melihat model kereta sebelum meminta untuk memandu uji kenderaan tersebut bersama jurujual terbabit.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, semasa di dalam kereta, suspek memaklumkan mahu mengambil dua rakannya di kawasan berhampiran.

"Semasa sedang memandu uji, salah seorang suspek telah mengacukan benda tajam ke leher jurujual manakala suspek lain telah menutup kepala mangsa.

"Mangsa cuba melawan sebelum ditumbuk pada bahagian muka beberapa kali oleh suspek dan diugut akan dicederakan dengan lebih teruk," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Din berkata, suspek kemudian bertindak menolak keluar mangsa daripada kereta dan terus melarikan kenderaan berkenaan.

"Selepas itu, mangsa terus membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut sebelum kembali ke pejabatnya dan mendapati dompet suspek pertama yang menyamar sebagai pelanggan tertinggal di situ," jelasnya.

Tambah, polis kini memburu seorang lelaki terbabit yang dikenali sebagai Azman Zainal Abidin serta dua lagi rakan suspek untuk membantu siasatan. - K! ONLINE





✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2srPuFk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Penjenayah bawa lari Toyota Hilux ketika pandu uji tertinggal dompet

Itulah artikel Penjenayah bawa lari Toyota Hilux ketika pandu uji tertinggal dompet Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penjenayah bawa lari Toyota Hilux ketika pandu uji tertinggal dompet dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/penjenayah-bawa-lari-toyota-hilux.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penjenayah bawa lari Toyota Hilux ketika pandu uji tertinggal dompet"

Catat Ulasan

Loading...