Loading...

Penjenayah siber kini menyasar peranti IoT di rumah pintar - McAfee

Loading...
Penjenayah siber kini menyasar peranti IoT di rumah pintar - McAfee - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penjenayah siber kini menyasar peranti IoT di rumah pintar - McAfee, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penjenayah siber kini menyasar peranti IoT di rumah pintar - McAfee
link : Penjenayah siber kini menyasar peranti IoT di rumah pintar - McAfee

Baca juga


Penjenayah siber kini menyasar peranti IoT di rumah pintar - McAfee

SINGAPURA: Penjenayah siber kini semakin kreatif dan mencari kaedah baharu dan canggih untuk mengakses data penting, dan kini peranti Internet Segala-galanya (IoT) di kediaman pintar menjadi sasaran terbaharu, kata McAfee, syarikat teknologi keselamatan khusus terbesar dunia.

Dalam temu bual dengan Bernama, Naib Presiden Pengguna, Asia Pasifik David Freer berkata terdapat sejumlah 5.5 juta peranti IoT yang disambungkan ke rumah di seluruh dunia setiap hari.

"Banyak peranti penghubung ini dikeluarkan dengan standard keselamatan yang rendah, dan dengan peranti ini dihubungkan kepada satu penghala (router), mewujudkan lebih banyak gerbang ke dalam rangkaian kediaman pintar, sekali gus menjadikan ia lebih mudah dikompromi," katanya.

Menurutnya sebaik penjenayah siber menemukan jalan masuk ke rangkaian kediaman menerusi peranti ini, potensi menggodam secara maya tiada penghujungnya.

"Mereka boleh mengawal seluruh rumah - mengawal cahaya lampu rumah, mengakses kamera serta memerhatikan kehidupan anda, menutup peranti dan paling teruk, memperoleh sebarang data peribadi yang dihantar ke seluruh rangkaian," katanya.

Memetik laporan MIMOS, pusat penyelidikan dan pembangunan Malaysia dalam teknologi maklumat dan komunikasi, McAfee berkata IoT di negara ini mempunyai potensi ekonomi bernilai RM9.5 bilion pada 2020, dan akan berkembang pesat melepasi 2020 untuk mencapai RM42.5 bilion.

Kajian oleh McAfee bagi memahami sepenuhnya amalan penggunaan kata laluan, mendedahkan lebih separuh daripada responden tidak ragu-ragu untuk berkongsi kata laluan dengan yang lain, dan hampir satu pertiga menggunakan kata laluan yang sama atau serupa bagi pelbagai akaun.

Penemuan yang mengejutkan ini menunjukkan pengguna masih tidak mengutamakan keselamatan peranti mereka, walaupun ancaman siber berpotensi menjejaskan mereka," kata Freer.

Beliau menasihati pengguna supaya melindungi peranti peribadi mereka dengan menggunakan kata laluan yang kompleks yang unik untuk setiap akaun, menggunakan pengesahan pelbagai faktor seperti perakuan cap jari, sentiasa menukar kata laluan dan menimbang menggunakan pengurus kata laluan seperti aplikasi True Key.

Tinjauan McAfee mendapati hanya 42 peratus pengguna mengambil langkah keselamatan yang tepat untuk melindungi alat baharu mereka.

Namun, walaupun mereka mengakui pentingnya menjaga keselamatan peranti masing-masing, 47 peratus daripadanya tidak pasti sama ada mereka telah mengambil langkah keselamatan yang betul.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sOGlqW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Penjenayah siber kini menyasar peranti IoT di rumah pintar - McAfee

Itulah artikel Penjenayah siber kini menyasar peranti IoT di rumah pintar - McAfee Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penjenayah siber kini menyasar peranti IoT di rumah pintar - McAfee dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/penjenayah-siber-kini-menyasar-peranti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penjenayah siber kini menyasar peranti IoT di rumah pintar - McAfee"

Catat Ulasan

Loading...