Loading...
Tajuk : Penjual Pisang Umur 94 Tahun Dirompak RM350, Apa Yang Netizen Ini Lakukan Buat Semua Orang Terharu
link : Penjual Pisang Umur 94 Tahun Dirompak RM350, Apa Yang Netizen Ini Lakukan Buat Semua Orang Terharu
Penjual Pisang Umur 94 Tahun Dirompak RM350, Apa Yang Netizen Ini Lakukan Buat Semua Orang Terharu
Sejak dari kecil kita diajar untuk menghormati mereka yang lebih tua dari kita. Selain itu, kita juga sering kali diingatkan oleh ibu bapa supaya jangan melakukan perbuatan jenayah namun bagi mereka yang merompak penjual pisang berumur 94 tahun mungkin tidak mempunyai sifat kemanusiaan.
Pada Selasa lalu, Suratman telah dirompak sejumlah RM350 ketika sedang mengayuh basikal. Pada pagi yang malang tu, lelaki warga emas itu telah memilih satu tempat di tepi jalan untuk memulakan perniagaannya pada hari itu. Kejadian tersebut berlaku di Jambi, Indonesia.
Ketika itu muncul perompak yang pada mulanya seperti ingin mahu membeli pisang yang dijual oleh Suratman. Perompak itu menyuruh Suratman supaya masuk ke dalam kereta supaya orang ramai tidak melihatnya membeli pisang kerana beliau sedang berpuasa.
Sejurus beliau memasuki kereta, perompak itu telah memaksa Suratman menyerahkan wang yang dibawa beliau iaitu kira-kira RM350. Sebuah video yang menceritakan kisah Suratman mula menjadi viral dan bualan netizen Indonesia. Lelaki itu meluahkan bahawa dia cuba menyimpan wang untuk membeli kerusi sempena hari raya yang bakal tiba.
Luahan hati itu mendapat simpati seorang netizen, Tommy Reza Chokolatoz yang meminta pertolongan netizen supaya Suratman menyambut hari raya dengan senyuman. Dalam masa sehari, Tommy berjaya mengumpul hampir RM12,000 hasil derma orang ramai untuk penjual pisang itu.
Kisah itu turut mendapat perhatian gabenor daerah Jambi, Zumi Zola yang turut menyumbang hampir RM1,500 dan membeli hasil pisang warga emas itu yang bernilai RM160. Bagi perompak yang merompak lelaki warga emas ini sudah pasti ada balasan yang bakal diterima kelak.
Ini baru kisah tauladan yang boleh kita ambil sebagai iktibar di bulan ramadan yang mulia ini. - www.kakishare.my
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rhUp9K
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Penjual Pisang Umur 94 Tahun Dirompak RM350, Apa Yang Netizen Ini Lakukan Buat Semua Orang Terharu
Itulah artikel Penjual Pisang Umur 94 Tahun Dirompak RM350, Apa Yang Netizen Ini Lakukan Buat Semua Orang Terharu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Penjual Pisang Umur 94 Tahun Dirompak RM350, Apa Yang Netizen Ini Lakukan Buat Semua Orang Terharu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/penjual-pisang-umur-94-tahun-dirompak.html
0 Response to "Penjual Pisang Umur 94 Tahun Dirompak RM350, Apa Yang Netizen Ini Lakukan Buat Semua Orang Terharu"
Catat Ulasan