Loading...

Pentingnya Berlaku Adil Pada Kanakkanak

Loading...
Pentingnya Berlaku Adil Pada Kanakkanak - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pentingnya Berlaku Adil Pada Kanakkanak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pentingnya Berlaku Adil Pada Kanakkanak
link : Pentingnya Berlaku Adil Pada Kanakkanak

Baca juga


Pentingnya Berlaku Adil Pada Kanakkanak

Pentingnya Berlaku Adil Pada Kanak-kanak

Kisah ini berlaku pada lebih kurang 16 tahun yang lalu dan ia bertempat di Sabah. Kenapa perlu bagitau Sabah? sebab nanti pembaca akan tertanya-tanya penulis ni daripada mana berdasarkan gaya bahasa yang akan saya gunakan. Dan yang pasti, bukan Indonesia ok.

Ok, kisah ini berkaitan tentang saya dengan seorang kakak dan abang angkat yang sangat saya kasihi suatu ketika dahulu. Waktu tu umur saya baru 9-10 tahun. Darjah 3-4. Bagi mereka yang ada pengalaman berabang dan berkakak angkat zaman sekolah dulu-dulu pasti tahu betapa bahagianya perasaan tu, hahaha.

Saya sekolah rendah, abang dan kakak angkat saya ni pula masa tu tingkatan 6. Saya panggil abang tu sebagai Abang Awang, kakak tu, saya lupa sudah namanya siapa. Dorang dua orang ni memang rajin ke masjid, kiranya guru saya mengaji setiap malam di masjid. Memang baik la. Dan biasala kan, budak-budak, seringkali bercakap tentang sesuatu yang mereka suka.

Saya suka dengan abang dan kakak ni dan kadang2 saya matching2 kan dorang berdua sebab saya rasa secocok, soleh dan solehah. Ceritanya memang dorang ni antara insan yang saya anggap yang terbaik yang belum pernah saya jumpa masa kecik-kecik dulu.

Abang awang ni selalu belanja saya makan di restoran lepas solat Isyak. Kakak tu pula pernah jadi penyelamat saya waktu nenek saya mengamuk sampai datang ke masjid. hahaha. Ada la kawan ni, dia buat laporan kepada nenek saya bahawa saya ni bermain saja ni masjid. Apa lagi, mengagak la si nenek dengan rotannya.

Nasib baik la masa tu ada kakak ni, dia yang eksplen dengan nenek saya bahawa kakak selalu ajar saya mengaji (dan memang betul pun saya mengaji walaupun ndak dinafikan memang ada adegan berlari-lari dalam masjid, hahaha). Fuhhh! Nagis-nangis pun, ada juga kak Shar pujuk. (Haaa, baru sekarang saya ingat semula nama kakak ni. Kak Shar namanya).

Dan ditakdirkan pula ada seorang manusia ni wujud dalam sejarah hidup saya yang saya ndak akan maafkan sampai bila-bila. Walaupun lebih baik memaafkan tapi perbuatannya itu menyebabkan sejarah paling pahit ini berlaku.

Saya gelar dia sebagai si A. Seorang anak kepada seseorang yang berpengaruh di kampung tu. Sebut jak nama bapanya, semua orang kampung kenal. Saya satu sekolah dengan dia, sekolah biasa dan sekolah agama. Saya kenal perangainya macamana. Suka cari pasal dengan orang lain dan yang paling penting, suka buat tuduhan yang ndak berasas.

Si A ni tau hubungan saya dengan abang Awang dan kak Shar ni macamana. Suatu hari tu, saya main-main lawan-lawan dengan kawan-kawan ala2 Power Rangers gitu. Di masjid ok. hahaha. (Terlebih tengok Power Rangers punya kesan). Saya nampak abang Awang, saya pun tegur la. Tapi dia dingin semacam. Saya kejar dia, dia ndak layan. Saya pun musykil. Tapi saya biarkan jak walaupun hati ni mulai merasakan ada sesuatu yang ndak kena, berdegup semacam

Tiba-tiba saya nampak kak Shar dengan muka masamnya. Aik? Saya lagi pelik. Saya ingatkan dia mau marah saya sebab bermain di atas masjid. Dia panggil saya ke tempat solat perempuan. Kemudian dia hulur sepucuk surat di dalam sampul putih kemudian terus berlalu. Saya duduk la di tangga belakang, membaca dengan penuh penghayatan Semakin mau habis saya baca, semakin berguguran air mata saya.

Malam tu saya balik rumah terus. Esoknya saya datang lagi, saya cari kak Shar. Tiada juga. Hati saya resah. masuk hari ketiga pun dia ndak datang juga. Hari keempat tu, saya biarkan dan macam biasa, lepas solat Isyak, ada la sedikit tazkirah yang disampaikan oleh ahli jemaah Tabligh, saya dengar sekali dengan abang Awang. Selesai jak tazkirah tu, abang Awang tanya soalan depan ahli masjid yang lain. Kawan-kawannya yang rapat juga dan saya rasa dorang tau pasal hal tu.

Betul kah kau ada cakap?

Cakap apa bang?

Kau cakap abang tidur dengan kak Shar sebilik

Baru saya teriak (baca:menjerit) manada!!! air mata berguguran. Saya lari balik rumah tapi sebelum sampai rumah tu saya duduk bawah pokok kelapa lap air mata supaya nenek ndak tau saya menangis.

Esoknya saya datang lagi ke masjid. Mau bagitau abang Awang saya mau pindah ke daerah lain dalam dua tiga hari lagi. Saya tengok abang Awang macam ok. Saya tanya la, daripada mana abang dengar saya cakap begitu? Katanya dari si A.

CELAKA! Bila pula saya cakap begitu???

Kak Shar memang ndak datang masjid lagi. Dan itulah kali terakhir saya jumpa dia, ketika dia hulur surat kepada saya malam tu.

Saya rasa macam mau pecah-pecahkan muka si A tu! Mulut macam celaka!

Baru-baru ni saya ada jumpa abang Awang, Alhamdulillah, saya sudah selesaikan dengannya pasal hal 10 tahun yang lalu tu. Dan kini dia sudah berkeluarga. Kak Shar pula, saya dengar dia sudah kahwin juga dan sekarang menetap di Kedah bersama suaminya. Iya, hanya khabar yang saya dengar dan hal ini masih saya ingat sampai ke saat saya menulis luahan ini.

Sekarang, setiap kali saya tengok kanak-kanak berumur 10 tahun, saya terkenangkan zaman hidup saya ketika usia sebegitu. Dan bila mereka bercakap sesuatu dengan saya, saya tumpukan sebaik mungkin untuk mendapatkan kepastian.

Iya, saya rasa, sewajarnya kak Shar bagi saya peluang masa tu untuk jelaskan hal yang sebenar supaya pertemuan malam tu bukanlah yang terakhir. Dan tidak wajar pula kak Shar termasuk abang Awang, sebagai orang yang dewasa dan mampu berfikir dengan matang, menerima bulat-bulat tuduhan yang disampaikan oleh si A. Hanya kerana si A ni datang daripada keluarga yang berpengaruh, dia lebih dipandang tinggi dan dipercayai.

Akhir kata, berlaku adillah sekalipun kepada budak-budak kecil. Jangan biarkan tindakan kita pada hari ini menjadi sejarah pahit buat mereka pada masa akan datang.

Yang Benar,

Dan7

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rzULdG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Pentingnya Berlaku Adil Pada Kanakkanak

Itulah artikel Pentingnya Berlaku Adil Pada Kanakkanak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pentingnya Berlaku Adil Pada Kanakkanak dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pentingnya-berlaku-adil-pada-kanakkanak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pentingnya Berlaku Adil Pada Kanakkanak"

Catat Ulasan

Loading...