Loading...

Penyebaran 'screenshoot' Whatsapp Jamal cubaan alih isu - Umno Selangor

Loading...
Penyebaran 'screenshoot' Whatsapp Jamal cubaan alih isu - Umno Selangor - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penyebaran 'screenshoot' Whatsapp Jamal cubaan alih isu - Umno Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penyebaran 'screenshoot' Whatsapp Jamal cubaan alih isu - Umno Selangor
link : Penyebaran 'screenshoot' Whatsapp Jamal cubaan alih isu - Umno Selangor

Baca juga


Penyebaran 'screenshoot' Whatsapp Jamal cubaan alih isu - Umno Selangor

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penyebaran 'screenshot' Whatsapp yang mendedahkan hasrat Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk menjadi Menteri Besar Selangor, sengaja dilakukan individu tertentu untuk mencalarkan imej Umno Selangor. 
 
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Johan Abd Aziz berkata, tindakan berkenaan juga dilihat sebagai satu usaha untuk mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu yang melatari kerajaan negeri.
 
"Biasalah politik ini, (cubaan) alih isu, alih perhatian ke tempat lain, itu strategi politik," katanya kepada Antarapos, mengulas penyebaran perbualan Whatsaap berkenaan.
 
Terdahulu, satu perbualan Whatsapp antara Jamal bersama penyokongnya, tersebar di Facebook.
 
Di dalam perbualan 'Group Whatsapp' dinamakan Gerakan Merah itu, Jamal menyatakan hasrat untuk menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan Harapan (PH) tewas di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Dalam perbualan itu juga, Jamal berkata akan melantik Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo sebagai salah seorang Exco kanannya.
 
Ismail dalam responnya kepada Antarapos semalam menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam perbualan Whatsapp tersebut.
 
Ujar Ismail, tindakan berkenaan adalah fitnah yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencemarkan imej beliau dan Jamal.
 
Mengulas lebih lanjut, Johan yang juga ADUN Semenyih berpandangan, adalah tidak salah sekiranya mana-mana individu khususnya Ketua Umno Bahagian untuk membuat tawaran sedemikian.
 
Beliau juga melihat, perbualan sepertimana yang didedahkan itu lebih menjurus kepada perbualan biasa sesama peserta dalam satu-satu 'Group Whatsapp'.
 
"Kalau Group Whatsapp itu dicipta olehnya di kalangan kumpulannya, itu biasalah. Dia pemimpin, dia Ketua Umno Bahagian. Tapi dia sudah umum tak bertanding, banyak perkara yang tidak logik lah.
 
"Ia bukan satu isu besar bagi saya. Sesiapa Ketua Bahagian boleh berhasrat menjadi Menteri Besar, apa salahnya? Sebagai orang parti, sebagai pemimpin, hasrat tidak mengapa,"katanya lagi.
 
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Abdul Shukur Idrus pula berpandangan, isu calon Menteri Besar mahupun barisan exco bukan perkara yang patut diberi perhatian pada masa kini.
 
ADUN Kuang itu berkata, semua ahli dan pemimpin Umno patut bekerja keras untuk merampas kembali kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH).
 
"Kita ini sedang berjuang, jadi perjuangan dan matlamat kita adalah untuk mengembalikan kuasa untuk menjamin masa depan yang terjamin kepada anak bangsa mendatang.
 
"Tidak terlintas dalam pemikiran saya untuk membincangkan siapa MB, siapa exco. Ini bukan satu perkara yang harus dibincangkan sekarang," katanya.     




Thus Article Penyebaran 'screenshoot' Whatsapp Jamal cubaan alih isu - Umno Selangor

Itulah artikel Penyebaran 'screenshoot' Whatsapp Jamal cubaan alih isu - Umno Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penyebaran 'screenshoot' Whatsapp Jamal cubaan alih isu - Umno Selangor dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/penyebaran-screenshoot-whatsapp-jamal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penyebaran 'screenshoot' Whatsapp Jamal cubaan alih isu - Umno Selangor"

Catat Ulasan

Loading...