Loading...

Penyerang Resorts World Manila Bunuh Diri

Loading...
Penyerang Resorts World Manila Bunuh Diri - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penyerang Resorts World Manila Bunuh Diri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penyerang Resorts World Manila Bunuh Diri
link : Penyerang Resorts World Manila Bunuh Diri

Baca juga


Penyerang Resorts World Manila Bunuh Diri


POLIS Filipina mengesahkan penyerang yang melepaskan tembakan di Resorts World Manila pagi tadi dilaporkan mati selepas membakar dirinya sendiri di sebuah bilik hotel berkenaan.

Media antarabangsa melaporkan Ketua Polis Filipina, Ronald Dela Rosa berkata suspek dipercayai berbaring di atas katil dengan membalut diri dengan sehelai selimut tebal.

“Suspek sebelum itu menuang minyak ke atas selimut terbabit lalu menyalakan api,” katanya yang enggan mengulas laporan awal bahawa pihak polis menembak mati lelaki berkenaan.

Dalam kejadian awal pagi tadi, suspek yang dipercayai lelaki warga asing menceroboh bilik kasino resorts tersebut dengan menggunakan senapang.

Polis menafikan kejadian tersebut ada kaitan dengan aktiviti keganasan sebaliknya ia satu rompakan.

Dela Rosa berkata, sebelum kejadian, suspek dilihat meletakkan kereta di aras dua hotel dan masuk ke dalam kasino lalu menembak skrin televisyen.

Jelasnya, penembak berkulit cerah, memilik wajah warga asing dan bertinggian 1.8 meter selain bertutur dalam bahasa Inggeris. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Penyerang Resorts World Manila Bunuh Diri

Itulah artikel Penyerang Resorts World Manila Bunuh Diri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penyerang Resorts World Manila Bunuh Diri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/penyerang-resorts-world-manila-bunuh_2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penyerang Resorts World Manila Bunuh Diri"

Catat Ulasan

Loading...