Loading...

Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman

Loading...
Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman
link : Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman

Baca juga


Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman

PUTRAJAYA: Kejayaan Malaysia pada hari ini tidak akan dicapai tanpa perkhidmatan awam yang cemerlang dan antara terbaik di dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Katanya beliau telah pergi ke banyak negara lain yang memperoleh kemerdekaan dalam tempoh hampir sama seperti Malaysia, tetapi tidak dapat mencapai tahap pembangunan yang dikecapi Malaysia seperti hari ini.

"Negara kita dikelilingi oleh pelbagai konflik (di negara lain) di utara, timur dan sebagainya, tetapi mengapa Malaysia dapat bertahan dan mungkin berada di hadapan kerana kita mempunyai salah satu perkhidmatan awam yang terbaik di dunia.

"Ahli politik seperti saya datang dan pergi...tetapi Malaysia efektif kerana perkhidmatan awam. Terutamanya pada mesyuarat kabinet, saya sangat kagum apabila dokumen, kertas kerja, statistik terkini dan sebagainya semua ada di atas meja. Saya tidak tahu bagaimana mereka melakukannya," katanya.

Abdul Rahman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Sekalung Budi Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff yang menamatkan perkhidmatannya pada Isnin.

Rahamat Bivi akan digantikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) EPU Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, berkuatkuasa Rabu ini.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di EPU, di sini, ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K. Devamany dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Dalam pada itu, Rahamat Bivi dalam ucapannya, menyampaikan penghargaan kepada kerajaan kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui EPU sejak 19 Okt 2011.

"Selama menerajui EPU saya mengaku saya memang garang, tetapi itu adalah untuk kebaikan bersama. Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan kepada saya selama ini," kata Rahamat Bivi.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLq199

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman

Itulah artikel Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/perkhidmatan-awam-malaysia-antara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman"

Catat Ulasan

Loading...