Loading...

Perlaksanaan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai ini - Nazri

Loading...
Perlaksanaan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai ini - Nazri - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perlaksanaan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai ini - Nazri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Perlaksanaan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai ini - Nazri
link : Perlaksanaan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai ini - Nazri

Baca juga


Perlaksanaan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai ini - Nazri


KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Cukai Pelancongan akan dilaksanakan bermula 1 Julai ini yang akan menyaksikan kadar RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam, lapor Berita Harian

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pelaksanaan kutipan cukai itu akan mula dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar selepas anggota Parlimen sebulat suara meluluskan cadangan pelaksanaan itu pada sidang Parlimen pada April lalu.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 itu, Nazri menganggarkan Cukai Pelancongan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus. 

Cukai tersebut bukan sahaja dikenakan terhadap pelancong asing, malah turut dikenakan pada pelancong tempatan. 

Kadar cukai yang dikenakan adalah berdasarkan pada penarafan penginapan seperti: 
  1. Lima bintang - RM20 bagi setiap malam
  2. Empat bintang - RM10 bagi setiap malam
  3. Satu hingga tiga bintang - RM5 bagi setiap malam
  4. Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
  5. Tidak dinilai - RM2.50 bagi setiap malam
Walau bagaimanapun, cukai itu tidak termasuk homestay, premis yang diuruskan oleh institusi (pendidikan), premis yang digunakan untuk tujuan latihan, institusi agama, serta institusi kerajaan dan badan-badan berkanun di mana kemudahan itu tidak digunakan untuk tujuan komersial, termasuk premis yang mempunyai kurang daripada 10 bilik juga dikecualikan. 

Selain itu, Cukai Pelancongan merupakan caj tambahan di sebalik cukai yang telah dilaksanakan seperti GST dan cukai perkhidmatan. 

Sementara itu di media sosial, netizen tidak bersetuju dengan perlaksanaan cukai berkenaan yang dianggap melampau dan tidak releven.




Terdahulu, beberapa portal online melaporkan Cukai Pelancongan akan dikuatkuasakan bermula 1 Ogos, yang memetik info dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Bagaimanapun semakan mendapati info yang dinyatakan itu telah dipadamkan.


Thus Article Perlaksanaan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai ini - Nazri

Itulah artikel Perlaksanaan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai ini - Nazri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Perlaksanaan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai ini - Nazri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/perlaksanaan-cukai-pelancongan-bermula_10.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perlaksanaan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai ini - Nazri"

Catat Ulasan

Loading...