Loading...

'Pertahankan ketinggian al-Quran'

Loading...
'Pertahankan ketinggian al-Quran' - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Pertahankan ketinggian al-Quran', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Pertahankan ketinggian al-Quran'
link : 'Pertahankan ketinggian al-Quran'

Baca juga


'Pertahankan ketinggian al-Quran'

MALAYSIA bukan saja mementingkan pembangunan material, sebaliknya pembangunan modal insan turut menjadi keutamaan dan penentu sebenar di sebalik kemajuan ekonomi dan sosial yang zahir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, semua yang ditekuni itu sebagai manifestasi penghayatan ajaran al-Quran yang menganjurkan kemakmuran bersepadu duniawi dan ukhrawi.

"Malangnya, penghayatan kita terhadap kesucian dan keindahan hari-hari di dalam bulan Ramadan pada tahun ini sedikit diganggu oleh beberapa insiden pembunuhan dan keganasan yang zahirnya melibatkan orang Islam dan dibuat atas nama Islam.

"Hal ini tentunya sangat bertentangan dengan ajaran al-Quran yang berasaskan prinsip rahmat, kemanusiaan dan keadilan. Jika perkara ini dibiarkan begitu saja, sudah tentu imej ajaran al-Quran yang murni ini akan terjejas dan diselaputi persepsi negatif.

"Menyedari hakikat itu, kita sebagai umat Islam haruslah sentiasa berusaha mempertahankan ketinggian al-Quran dan ajarannya dengan menolak segala bentuk penyelewengan dan percubaan untuk mengaitkan Islam dengan keganasan dan ekstremisme," katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena Nuzul al-Quran 1438H/2017 menerusi catatan di blog najibrazak.com, hari ini. Umat Islam di Malaysia menyambut Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan setiap tahun.

Dalam pada itu, beliau berkata, penurunan wahyu terakhir iaitu al-Quran al-Karim adalah bukti kasih sayang Allah SWT kepada makhluk ciptaan-Nya agar mereka mempunyai panduan dan neraca terbaik dalam mengatur kehidupan.

"Oleh itu, marilah kita bersama menghiasi Ramadan pada kali ini dengan bertalaqqi, bertadarrus, mentadabbur serta mengambil manfaat dan pedoman sebanyaknya dari Kalam Suci ini.

"Jadikanlah bulan yang penuh keberkatan ini sebagai bulan untuk kita memaknai hidup dengan al-Quran," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOlEMM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article 'Pertahankan ketinggian al-Quran'

Itulah artikel 'Pertahankan ketinggian al-Quran' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Pertahankan ketinggian al-Quran' dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pertahankan-ketinggian-al-quran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Pertahankan ketinggian al-Quran'"

Catat Ulasan

Loading...