Tajuk : Pertumbuhan Ekonomi Australia Meningkat Lebih Dari Jangkaan
link : Pertumbuhan Ekonomi Australia Meningkat Lebih Dari Jangkaan
Pertumbuhan Ekonomi Australia Meningkat Lebih Dari Jangkaan
Pertumbuhan ekonomi Australia dianggap sebagai perlahan pada suku pertama 2017 berikutan kelemahan perdagangan dan pelaburan yang sedikit memburukkan jangkaan perkembangan ekonomi di masa hadapan.
Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (Gross Domestic Product, GDP) seperti yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Negara melaporkan peningkatan 0.3% pada suku pertama selepas meningkat 1.1% pada suku keempat 2016. Bacaan kali ini melebihi jangkaan pasaran dengan kenaikan 0.2%.
Dari segi tahunan, pertumbuhan GDP meningkat 1.7% berbanding suku keempat yang merekod kenaikan 2.4%.
17 daripada 20 industri yang termasuk dalam pengiraan GDP merekod pertumbuhan. Perbelanjaan penggunaan pula meningkat 0.6%. Eksport bersih merosot 0.7% di mana pelaburan jatuh 4.4%.
Penganalisis telah menjangkakan kelemahan data pada suku pertama selepas melihat data akaun semasa merekod kejatuhan mendadak dalam komponen eksport. Data akaun semasa ini dikeluarkan pada Selasa di mana eksport adalah faktor utama kejatuhan pengeluaran negara pada suku pertama.
Walaubagaimanapun, kenaikan dalam GDP adalah satu isyarat baik kepada pembuat polisi selepas ekonomi meleset pada suku ketiga. Dengan dua kenaikan berturut-turut dalam pertumbuhan ekonomi, ekonomi dilihat sebagai berada di landasannya.
Sebelum ini pada Selasa, bank pusat (RBA) mengekalkan kadar faedahnya di paras 1.50%. Kadar faedah ini tidak diubah sejak sembilan mesyuarat sebelum ini iaitu pada Ogos 2016. Kadar faedah dijangka terus berada di paras rendah sehingga hujung tahun ini.
The post Pertumbuhan Ekonomi Australia Meningkat Lebih Dari Jangkaan appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKhcxa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pertumbuhan Ekonomi Australia Meningkat Lebih Dari Jangkaan
Anda sedang baca artikel Pertumbuhan Ekonomi Australia Meningkat Lebih Dari Jangkaan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pertumbuhan-ekonomi-australia-meningkat.html
0 Response to "Pertumbuhan Ekonomi Australia Meningkat Lebih Dari Jangkaan"
Catat Ulasan