Loading...

Peruntukan RM300 Juta PPR Sekitar Ibu Kota

Loading...
Peruntukan RM300 Juta PPR Sekitar Ibu Kota - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Peruntukan RM300 Juta PPR Sekitar Ibu Kota, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Peruntukan RM300 Juta PPR Sekitar Ibu Kota
link : Peruntukan RM300 Juta PPR Sekitar Ibu Kota

Baca juga


Peruntukan RM300 Juta PPR Sekitar Ibu Kota

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM300 juta telah diperuntukkan bagi membiayai kos penyelenggaraan dan menaik taraf kira-kira 75,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pangsapuri kos rendah di sekitar ibu kota.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kos penyelenggaraan itu turut merangkumi kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf kemudahan flat-flat dan pangsapuri di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan swasta.

“Kami sedang mengenal pasti PPR dan pangsapuri yang mengalami kerosakan teruk seperti laluan berlubang, lif rosak serta tandas bocor yang perlu disegerakan penyelenggaraannya bagi keselesaan penduduk.

Penyelenggaraan dan kerja menaik taraf kemudahan akan dijalankan mengikut fasa sebaik sahaja mendapat aduan daripada penduduk mengenai keadaan kawasan kediaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan Parlimen Wangsa Maju di PPR Gombak Setia, di sini hari ini.

Katanya setakat ini kerja-kerja penyelenggaraan telah mula dilaksanakan di PPR sekitar Parlimen Wangsa Maju, Lembah Pantai dan Setiawangsa secara berperingkat sejak awal tahun ini.

Tengku Adnan turut meminta penduduk-penduduk PPR supaya menjaga kebersihan dan memelihara kemudahan yang dibina di kawasan kediaman mereka.

“Kerajaan memberi kadar sewa murah serendah RM54 sebulan kepada warga kota untuk PPR dan mereka sepatutnya membantu kerajaan menjaga kebersihan dan bukannya membiarkan kemudahan itu rosak tidak dibaiki,” katanya.

Dalam majlis itu, Tengku Adnan turut mengumumkan sumbangan wang tunai RM30,000 dari Yayasan Wilayah Persekutuan untuk menaik taraf kemudahan masjid yang terlibat dalam program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan wang dan bahan makanan kepada 500 golongan asnaf, anak-anak yatim dan ibu tunggal dari Parlimen Wangsa Maju. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2soiscc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Peruntukan RM300 Juta PPR Sekitar Ibu Kota

Itulah artikel Peruntukan RM300 Juta PPR Sekitar Ibu Kota Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Peruntukan RM300 Juta PPR Sekitar Ibu Kota dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/peruntukan-rm300-juta-ppr-sekitar-ibu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peruntukan RM300 Juta PPR Sekitar Ibu Kota"

Catat Ulasan

Loading...